Tuesday, May 17, 2011

Kenangan-Kenanganku... ^o^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua!!!
Apa khabar??? Sihat tak???
Alhamdulillah, baguslah kalau semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja...
Nabilah pun lega mendengarnya...

Sudah sekian lama nabilah tidak menulis entri baru di blog yang nabilah sayangkan ni... Sehinggakan ada kawan yang tanya tau... Hehehehehe... Mohon maaf sangat-sangat ye... Sejak akhir-akhir ni, nabilah agak sibuk sikit... Selepas menyertai pertandingan baru-baru ni, nabilah telah ketinggalan agak banyak dalam pelajaran... Jadi disebabkan itulah nabilah sukar untuk online dan harus fokuskan kepada pelajaran... Terutama sekali bagi subjek-subjek yang nabilah lemah... Subjek-subjek ye... Jadi banyaklahkan yang perlu nabilah study...

Oklah...
Orait...
Baiklah...(tiru style Abang Bani)
Hehehehehe...

Haaaa... Siapa Abang Bani ni??? Nabilah tak pernah cerita pun... Hehehehehehe... Nabilah nak ceritalah ni... Tapi sekejap lagi ek... Sebabnya ada sesuatu yang nabilah nak ceritakan dulu ni...

'Kenangan-kenanganku'
Semenjak dari bulan lepas lagi, terdapat banyak kenangan yang tak dapat nabilah lupakan dalam hidup nabilah... Kenapa ye??? Kerana nabilah menganggap semua itu adalah sesuatu yang amat bernilai dalam hidup nabilah... Yang pertama sekali kenanganku bersama Cikgu Siti Zulaikha... Haaaa... Kalau semua sahabat WassalamNur ingin tahu, kecoh satu sekolah yang mengatakan cikgu ni muka dia hampir sama ngan nabilah...(kecoh sangat ke???)... Hehehehehe... Sehinggakan nabilah ngan Cikgu Siti ni pun hairan, sama sangat ke muka kami sampai semua orang kata sama ni... Siap ada yang kata "macam kembar la"... Hahahahaha... Yang itu memang tidak dapat nabilah lupakan... Hmmmm... Agak penasaran ni... Nak tengok tak??? Hehehehe... Tak payah la... Hehehehehe...
Bergambar bersama kakak kembarku… Hehehehehe… Rindu sama dia… ^_^
Bergambar bersama-sama dengan Pengetua SMK Machang Bubuk, Puan Norlelawati Binti Abdul Aziz…

Inilah gambar-gambar yang merupakan kenangan nabilah bersama dengan kakak kembar nabilah ni... Dan gambar yang bertiga tu merupakan gambar yang paling bermakna sekali buat nabilah... Sebabnya, inilah pertama kali nabilah dapat menjejakkan kaki nabilah di dalam bilik pengetua setelah tiga tahun lebih nabilah bersekolah di SMK Machang Bubuk... Dan, inilah juga pertama kali nabilah bergambar bersama-sama dengan pengetua... ^o^

Baiklah sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya ada satu lagi kenangan yang ingin nabilah kongsikan buat tatapan semua... Adakah anda sudi untuk membacanya??? Hehehehehe...

Baru-baru ini, pihak sekolah menganjurkan Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah di Melaka... Kem motivasi ini juga telah dijayakan oleh beberapa fasilitator yang hebat di UTeM... Apa itu UTeM??? Haaaa... Itulah Universiti Teknikal Malaysia Melaka... Hehehehehe... Best tau... Banyak aktiviti menarik dijalankan... Dan banyak sekali kenangan yang nabilah peroleh di sini...

Bukan itu saja tau...

Walaupun kedengaran seperti kem semata-mata... Tapi... Kami juga diberikan waktu untuk melancong di sekitar negeri bersejarah ni... Iaitu MELAKA... Best la... Siap dapat shopping banyak lagi... Hehehehehe... Yang paling best sekali apabila dapat bersama dengan adik-adik junior nabilah ni... Semua sporting habis... Termasuklah fasilitator-fasilitator di UTeM ni... Iaitu Kak Saidah, Abang Bani(abang inilah yang nabilah katakan tadi), Abang Din, Kak Atikah(fasilitator group nabilah), Abang Amir, Kak Aini, Kak Syafiqah, Kak Laili, Kak Hajar, Kak Diyana, Abang Rushdan, Abang Badru, Kak Husna, Kak Naaziratul, Kak Noraisyah, Kak Nuraini, Abang Hafiz, Abang Ali dan ramai lagi... Hehehehehehe... Sebenarnya tak banyak gambar yang nabilah snap sewaktu program ni berlangsung... Sebabnya, kami diarahkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu program berlangsung... Jadi, gambar yang diambil hanyalah sewaktu majlis penutupan berlangsung... Kalau semua sahabat ingin tahu, nabilah berasa amatlah rugi kerana tidak mengambil gambar sewaktu program berlangsung... Sebabnya, nabilah teringin sangat nak bergambar dengan seseorang yang nabilah 'admire' sangat di sana... Siapakah itu??? Hehehehehe... Secret, secret...
Bergambar bersama-sama dengan adik-adik nabilah yang merupakan teman sebilik ngan nabilah waktu berada di sana... Sayang semua... ^_^

Bergambar bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator sewaktu majlis penutup berlangsung... Waaaaahhh... Hebat-hebat semuanya ye... ^o^

Haaaaa... Sign, jangan tak sign... Hahahahaha... Waaaaahhh... Macam artis la pulak ye fasilitator-fasilitator kita ni... >_^

Bergambar sekali lagi ngan adik-adik setelah puas shopping... Tengok tu... Banyaknyer... Hahahahaha... Best betul... ^O^

Ini dia gambar-gambar yang sempat nabilah snap sewaktu berada di sana... Sebenarnya ada lagi dalam simpanan nabilah... Tapi nabilah rasa cukuplah hanya ini saja buat tatapan semua pengunjung dan sahabat WassalamNur ini...

Sebelum nabilah berundur dalam entri kali ini, ingin sekali nabilah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan kem motivasi seperti ini... Terus-terang nabilah katakan, ia memang memberikan makna buat nabilah... Dan ribuan terima kasih nabilah ucapkan kepada guru-guru pengiring serta fasilitator-fasilitator yang hebat-hebat belaka... Terima kasih banyak-banyak... Sekian saja untuk kali ini... Wassalamualaikum... >o^


 

Sunday, April 10, 2011

Minggu Yang Sangat Bahagia Buat Diriku...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat-sahabat WassalamNur sekalian...
Wah, wah, wah... Semua apa khabar sekarang??? Sihatkan???
Haaah... Apa dia??? Oooooo... Baguslah kalau semua sihat-sihat sahaja...
Nabilah pun sihat, alhamdulillah... Hehehehehe... ^0^

Wahai sahabat-sahabat sekalian, cuba korang teka ye, apa perasaan nabilah sekarang ni??? A: Happy, B: Sad, C: Gembira dan D: Sedih... Pilih satu je tau... Siapa betul nabilah bagi hadiah... Nak tak??? Hehehehehe... Macam la nabilah ada banyak duit sangatkan... Hihihihihi... Ok, ok... Kalau korang tengok nabilah ni asyik gelak je ni mesti korang pun dapat agakkan apa perasaan nabilah sekarang ni kan??? Tambah-tambah pulak, nabilah ada menyatakan bahawa minggu ni merupakan minggu yg bahagia buat nabilah... Betul ke ni??? Beeetuuuulll la... Hehehehehe... Tapi apa yang membuatkan nabilah merasa bahagia sesangat ni??? Haaa... Nabilah, tak nak share ke??? Cube ceciter sikit... Hehehehe... Sabar-sabar, nak ceciter la ni Pak Usop oooii... =D

Kalau semua nak tau, minggu ni memang minggu yang bahagialah buat nabilah... Rasa sayang je nak tinggalkan minggu ni... Huhuhuhuhuhu... Tapi nak buat macam mana kan... Masa itu akan terus berjalan tanpa menunggu kita walau sedetik pun... Baiklah, kalau korang nak tau, hari selasa yang lepas nabilah akhirnya berjaya melakukan yang terbaik untuk bicara buku pada program pelancaran bulan bahasa dan nilam... Dan, minggu ni jugak nabilah ada menyertai pertandingan Perbahasan Ala Parlimen... Dan, alhamdulillah kami berjaya memasuki final... Tetapi walau bagaimanapun, kami kecundang di peringkat akhir... Huhuhuhuhu... Takpe, bagi nabilah ia memang sesuatu yang membanggakan buat nabilah kerana ini merupakan kali pertama nabilah masuk pertandingan sebegini... Memang agak nervous... Tapi kena pandai kawal la... Hehehehehe... Dan yang paling menggembirakan buat nabilah............. Apa ye??? Hehehehehe... Shhhhhh... Adalah... Hehehehehe... ^=^

Oklah, nabilah stop kat sini dulu ye... Nak siapkan homework nabilah ni dulu... Maklumlah, dah banyak kali tinggal kelas untuk minggu ni... Sekian sahaja entri nabilah untuk tatapan semua buat kali ni... Wassalamualaikum... ^_^

p/s: Minggu depan pulak nabilah terlibat dengan pertandingan Choral Speaking... Doakan
nabilah ye semua... Aisey, tinggal kelas lagi... Hihihihihihi... ^_^

Thursday, March 10, 2011

Pengalaman Baru Buat Diriku... :-D

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung WassalamNur yang nabilah kasihi sekalian... Apa khabar anda semua hari ni??? Sihatkah??? Gembirakah??? Rezeki bertambahkah??? Alhamdulillah kalau semua pengunjung berada dalam keadaan baik-baik sahaja... Seperti biasa, nabilah pun berada dalam keadaan baik-baik dan ceria sentiasa... Rasa syukur sekali nabilah ingin panjatkan kepada Allah S.W.T. diatas segala nikmat yang dikurniakan olehNya buat nabilah hari ni, seterusnya dan juga sebelumnya... Terima kasih Ya Allah... ^_^


Subhanallah, terasa begitu rindu sekali untuk berblogging... Alangkah indah dan gembiranya nabilah hari ini kerana diberikan masa dan kelapangan untuk menulis entri baru pada kali ini... Hmmmm... Happy, happy jugakkan... Namun, apa kena mengenanya tajuk entri nabilah pada kali ni ye??? Ok, ok, ok... Biar nabilah susun ayat jap ye supaya apa yang nabilah nak ceritakan ni semua dapat faham... Hehehehehe... Maklumlah, nabilah ni kalau nak bercerita ni susah ckit... Kadang-kadang apa yang nabilah cerita kat orang pun nabilah sendiri tak dapat nak faham... Hihihihihi... Pelikkan??? Pelik, pelik jugak... Namun, begitulah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi...

Masih ingatkah entri yang bertajuk "Menyertai Pertandingan Syarahan??? Mampukah???" ??? Haaaa... Entri kali ni merupakan sambungan la buat entri yang nabilah dah publish beberapa hari yang lalu tu... Dan hari nilah hari penentuannya... Hehehehehe... Bertarikh 10 Mac 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah, Pulau Pinang, disinilah tempat di mana pertandingan tersebut diadakan... Huhuhuhuhu... Memang gementarlah buat nabilah apabila tiba saatnya nabilah untuk bersyarah di hadapan khalayak ramai... Tidak dinafikan, sampai tersekat-sekat nabilah ketika bersyarah pada ketika itu, apatah lagi dilakukan secara spontan... Fuhhhh... ~o~"

Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya nabilah dapat juga merasai bagaimana suasana ketika menyertai pertandingan syarahan ni... Tambah-tambah pulak ini merupakan kali pertama nabilah menyertai pertandingan seperti ini... Dan yang pasti, hari ini merupakan satu pencapaian yang baru buat nabilah kerana berani tampil ke hadapan untuk bersyarah... Terima kasih tidak terhingga buat Ustazah Hairani, Ustazah Asmahan, Ustazah Basyirah, Ustazah Mazni serta tidak ketinggalan Ustaz Suhaimi diatas segala tunjuk ajar dan isi-isi yang diberikan kepada nabilah sepanjang minggu ni sebelum pertandingan berlangsung... Terima kasih sangat-sangat...

Baiklah pengunjung-pengunjung yang nabilah hormati sekalian... Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca entri nabilah kali ni... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... Rajin-rajinlah singgah di WassalamNur ye... >_^

Sunday, March 6, 2011

Menyertai Pertandingan Syarahan??? Mampukah???

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku dan urusan orang-orang terdekatku... Berikanlah kami kemudahan dalam segala urusan yang kami lakukan... Amin...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog WassalamNur ini... Waaaaahhh... Sudah lama nabilah tidak menjenguk blog kesayangan nabilah ni... Nampaknya blog ini tidak putus-putus menerima kunjungan daripada rakan-rakan blogger yang lain... Terima kasih banyak-banyak... Kunjungan anda semua amat dialu-alukan... Hehehehehe... Insyaallah, nabilah akan membalas semua kunjungan anda ye... ^_^

Bagaimanakah keadaan anda semua hari ini??? Sihatkah??? Alhamdulillah la kalau anda semua sihat-sihat sahaja... Nabilah turut gembira melihat semua sahabat-sahabat WassalamNur berada dalam keadaan baik-baik sahaja... >o^

Maafkan nabilah kerana sejak akhir-akhir ni nabilah agak sibuk sehingga mengabaikan blog WassalamNur serta pengunjung-pengunjung yang sudi melawat blog nabilah ni... Insyaallah, pada musim cuti persekolahan yang akan datang, nabilah akan cuba kerap-kerap berada di blog WassalamNur yang nabilah sayang ni... Hehehehehe... Kalau semua nak tau, sebenarnya nabilah baru sahaja selesai menjawab exam nabilah yang pertama untuk tahun ni... Soalan yang diberikan, fuhh... Memang tidak dapat nabilah nak ceritakan semuanya sekali... Ada yang senang... Ada yang sederhana senang... Ada yang sederhana susah... Daaaaannn... Sudah pastinya ada susah... Alamak seramnyer nak tunggu result yang akan diterima tidak lama lagi... Huhuhuhuhu...

Bila terbaca tajuk entri kali ini, mesti ada yang tertanya-tanyakan... "Kenapa dengan nabilah ni ek???" "Syarahan???" "Nabilah menyertai pertandingan syarahan ke???"

Ok, ok... Yup, memang benar nabilah bakal menyertai pertandingan syarahan... Tapi terus terang, nabilah berasa tidak yakin dan agak risau jika nabilah akan mengecewakan semua orang... Hope tidaklah ye... Walaupun nabilah sekarang sedang dilanda perasaan yang tidak sepatutnya nabilah rasa sekarang ni... Namun, ustazah-ustazah masih memberikan galakan kepada nabilah untuk teruskan menyertai pertandingan ini... Ya Allah, semoga hambamu ini dapat melakukan yang terbaik di hari pertandingan itu nanti Ya Allah...

Baiklah sahabat-sahabat WassalamNur sekalian... Setakat ini sajalah yang dapat nabilah kongsikan buat tatapan semua pada entri nabilah kali ini... Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog nabilah... Insyaallah, kunjungan anda akan dibalas tidak lama lagi k... Semoga anda semua ceria-ceria selalu... Wassalamualaikum... ^O^

Monday, January 17, 2011

Minggu Persekolahan...

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung blog WassalamNur yang nabilah kasihi...
Semua sihat-sihat sahajakan???
Jika anda semua sihat-sihat sahaja, panjatkanlah syukur anda kepada Allah S.W.T. kerana telah diberikan kesihatan yang baik dan banyakkan memuji-muji namaNya... Insyaallah, Allah S.W.T. akan senantiasa merahmatimu selalu... Bagi yang kurang sihat, tetapkanlah iman anda... Serta panjatkanlah rasa syukur anda kepada Allah S.W.T... Janganlah sesekali anda berasa bahawa Allah membencimu atau tidak lagi menyayangimu... Justeru malah sebaliknya... Allah S.W.T. amat menyayangi hamba-hambanya... Percayalah... Selagi iman kita kuat, insyaallah, kita dapat menangani segala cubaan dariNya dengan mudah... ^_^

Setelah sekian lama tidak menaip dan berkongsi cerita di blog ini, tiba-tiba nabilah terasa rindu dan ingin sekali meluahkan perasaan yang terpendam selama beberapa minggu ini di sini... Bolehkan??? Adakah sesiapa ingin menghalang??? Hehehehehe... Kalau tiada baguslah... Semoga anda semua sudi berkongsi sedikit waktu untuk membaca entri nabilah pada kali ini... ^o^

Sejak bermulanya musim persekolahan ini, pasti semuanya sedang sibuk dengan homework masing-masing... Betul tak??? Hehehehehe... Apa yang nabilah katakan ni majoriti lebih kepada pelajar sekolah la ye... Dan salah seorangnya ialah nabilah... Seorang pelajar yang sedang menduduki di tingkatan 4 Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Alhamdulillah, semenjak berada di tingkatan 4 ini nabilah belum lagi menghadapi apa-apa masalah... Kalau adapun, telah nabilah cuba atasinya awal-awal... Insyaallah, nabilah berharap agar nabilah dapat kekalkan prestasi nabilah ini kalau boleh sehingga ke menara gading... Mohon doa ye semua... n_n

Sebenarnya nabilah ada juga mempunyai satu masalah yang cukup berat buat nabilah... Masalah apakah itu??? Masalah itu terlalu sukar buat nabilah untuk menyusun kata-kata untuk menceritakan buat semua... Bahkan, nabilah jugak tidak tahu bagaimana mahu memulakannya... Adakah semua masalah ini berpunca daripada nabilah sendiri??? Entah la... Mungkin juga... Tetapi nabilah berharap agar masalah ini tidak akan berkekalan lama... Nabilah takut kalau-kalau ia mempengaruhi pembelajaran nabilah yang selama ini nabilah cuba kekalkan agar tidak bercampur dengan masalah yang tidak seberapa penting ini... Persoalannya, benarkah masalah ini tidak penting buat nabilah??? Sekali lagi nabilah akan cakap, entah la... Semoga Allah S.W.T. menenangkan hati nabilah dan senantiasa melindungi nabilah daripada berfikir perkara-perkara yang negatif... Amin...

Baiklah, nabilah rasa cukuplah sampai di sini dahulu... Nabilah berharap kita dapat bertemu lagi di post entri-entri yang akan datang pula... Insyaallah... Sebelum itu, nabilah ingin mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung blog WassalamNur kerana sudi berkunjung ke blog ni hampir setiap hari tetapi masih tidak mendapat kunjungan kembali dari nabilah... Nabilah mohon maaf banyak-banyak kerana semenjak hari persekolahan sudah bermula, nabilah memang kurang aktif di blog... Tetapi alhamdulillah, nabilah cuba jugak untuk melawat blog sahabat-sahabat WassalamNur kembali dan follow-follow blog mereka... Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini... Diharapkan anda semua sudi jugak untuk mem"follow" blog WassalamNur yang tidak seberapa ini... Sekian sahaja entri nabilah pada kali ini... Wassalamualaikum... >__________^

Sunday, January 2, 2011

Kembali Ke Sekolah!!! ^o^

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana anda semua masih sudi berkunjung ke blog nabilah yang tidak seberapa ini... Alhamdulillah, nabilah bersyukur sangat kerana blog nabilah sekarang ini nampaknya semakin ceria berbanding dahulu... Dan ini semua berkat teman-teman blogger dan semua yang sudi dan rajin berkunjung ke WassalamNur ini... Terima kasih banyak-banyak ye semua... ^_^

Waaaaahh... Nampaknya sekarang ni kita pun sudah memasuki tahun baru masihi iaitu 2011... Hmmm... Bila dah bercakap soal tahun baru ni mesti ramai yang akan bercakap atau bertanya soal 'Azam Tahun Baru' kan??? Haaa... Jadi, apakah azam anda semua ye pada tahun ini??? Mesti mahu jadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lepaskan... Yelah, mana ada yang mahu berniat untuk menjadi lebih buruk... Betul tak??? Hehehehe... Apa-apa pun, semoga azam tahun baru kita ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin... Jadikan kenangan masa-masa lalu sebagai pedoman buat kita untuk terus melangkah dengan lebih jauh lagi... Insyaallah, kita pasti berjaya mencapai azam kita pada tahun 2011 ini... ^o^

Jika diimbas kembali... Nabilah merasakan terlalu banyak kenangan sepanjang beberapa tahun yang lalu... Iaitu kenangan nabilah ketika di sekolah menengah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Sememangnya tidak mudah untuk nabilah lupakan kenangan-kenangan manis dan pahit di sana... Kenapa ye??? Kerana di sanalah nabilah mendapat rakan-rakan yang baik... Nabilah berasa rapat dengan guru-guru yang mengajar nabilah... Tidak lupa juga kenangan nabilah ketika bersekolah di sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan Alma dan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II... Kenangan itu semua memang membuatkan hidup nabilah merasa bermakna sangat...

Hmmm... Bukan itu saja entri nabilah untuk kali ini ye... Sepertinya cuti akhir tahun persekolahan pada tahun 2010 sudah pun tamat... Dan kelihatannya ada juga yang sudah mula bersekolah pada hari ni... Waaaahhh... Belajar rajin-rajin ye semua... Bagi nabilah pulak, nabilah akan mula bersekolah pada 3 Januari 2011... Esoklah maknanya.. Yup... Esoklah... Hehehehe... Rasa tak sabar itu memang ada, tapi rasa sedih juga turut nabilah rasakan... Mengapa nabilah merasa sedih ni??? Hmmm... Adakah nabilah wajib untuk menjawab soalan itu??? Nabilah rasa tidak perlulah nabilah kongsikan buat semua... Semua ok kan kalau nabilah tak bagitau??? >_^

Nampaknya sampai sini sajalah entri nabilah buat kali ini... Nabilah harap nabilah masih dapat luangkan sedikit masa nabilah buat blog WassalamNur ni walaupun di alam persekolah yang sudah semakin menjelma ini... Insyaallah... Buat semua yang telah sudi follow blog nabilah ini, nabilah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan nabilah harap anda semua sudi tinggalkan jejak anda di shoutmix di blog WassalamNur ini... Jika nabilah ada masa terluang, nabilah akan menjejaki kalian kembali, ok... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... ^~^