Wednesday, November 10, 2010

Belajar buat Donut... Hehehehehe... ^_^

Assalamualaikum semua...

Apa khabar sahabat-sahabat nabilah yang sudi mengunjungi blog nabilah ni??? Semua sihat??? Alhamdulillah kalau semuanya sihat... Apa??? Nabilah pula bagaimana??? Hehehehehe... Alhamdulillah, nabilah pun sihat walafiat... ^_^

Hari ni nabilah nak kongsi sedikit apa yang telah nabilah belajar di sekolah buat tatapan semua pengunjung blog WassalamNur ini... Hari buat pengetahuan semua, nabilah dan rakan-rakan nabilah yang lain belajar bagaimana cara-cara untuk membuat 'Donut' ...  Alhamdulillah, syukur sangat sebab donut yang group nabilah buat menjadi... Dan sedap pulak tu... Hehehehehe... Maklumlah, masa tu kami memang lapar sangat... Sebab tak sarapan pagi biasalah tu... Hihihihihi... Yang paling bestnya bila cikgu nabilah yang mengajar kami buat donut tu, Cikgu Azura, siap tolong masak coklat lagi untuk disalutkan sedikit kat atas donut tu nanti... Yang tu yang buat donut tu makin sodap tu... Tambah-tambah bila ditaburkan 'Chocolate Rice' kat atas lapisan coklat tu... Memang buat nabilah dan kawan-kawan makin laparlah... 

Untuk post kali ni jugak nabilah nak kongsi cerita sikit berkenaan Jamuan Akhir Tahun Pengawas yang diadakan pada 9 November 2010 hari tu... Memang best!!! Tapi sayangnya nabilah tak ada gambar nak tunjuk... Maklumlah, nabilah tak berani nak bawa kamera mai sekolah... Takut kena rampas... Hehehehehe... Yang buat nabilah makin gembira lagi apabila kawan baik nabilah sudi untuk jadi pasangan juru acara majlis pada jamuan tu... Mula-mula memang la dia agak gementar dan menolak mentah-mentah permintaan nabilah tu... Tapi bila nabilah dah pujuk, akhirnya dia terima jugak... Memang tak dinafikan, sebenarnya nabilah pun gementar jugak, tambah-tambah untuk tampil bercakap di hadapan... Tapi mungkin disebabkan nabilah dah agak biasa dengan tugas tu, alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan nabilah... Terima kasih Ya Allah... ^_^

Oklah semua, diakhir post ini nabilah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azura yang sudi mengajar nabilah dan rakan-rakan tentang cara-cara pembuatan donut... Rakan-rakan yang satu group ngan nabilah dalam pembuatan donut ni iaitu Nurul dan Faten... Cikgu Asmadi dan Cikgu Idayu selaku guru pengawas yang mengatur jamuan pada hari Selasa hari tu... Guru-guru badan disiplin dan semua rakan pengawas sekalian... Terima kasih banyak-banyak semua... 

Baiklah, sekian saja untuk hari ni... Wassalamualaikum... ^_________^