Thursday, December 13, 2012

:: WassalamNur :: Berwajah Baharu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t. para sahabat muslimin dan muslimat...
Apa khabar semuanya??? Subhanallah, sudah lama rasanya tidak menaip entri di :: WassalamNur :: ni... Terasa kekok dan ragu-ragu pun ada... Maklumlah, sudah sekian lama nabilah tak buka di laman ni... Sampaikan ada sahabat yang bertanya soal laman ni... Ada juga yang siap katakan dah bersawang blog ni...(Ehem, amboi-amboi sedapnya mulut yang berbicara tu... Hehehehehe...) Memang betul pun... Sudah lama sangat... Alhamdulillah, dengan kelapangan masa yang telah diberikan ni dapatlah juga nabilah post entri terbaru buat julung-julung kalinya di penghujung tahun 2012 ni... Subhanallah, lamanya... Hehehehe... ^_^

Alhamdulillah, :: WassalamNur :: hari ini telah berwajah baru dengan layout yang baru... Nampak blog ni lebih segar bukan??? Hehehehe... Terus terang sudah lama nabilah ingin ubah suai blog ini... Tetapi disebabkan rasa sayang yang teramat kepada layout yang lama membuatkan nabilah rasa ragu-ragu dan tidak yakin untuk menukarnya... Akhirnya, sehingga layout tersebut tiba-tiba sudah mula tidak berfungsi di skrin komputer nabilah(tidak pasti sama ada ia berlaku di komputer sahabat-sahabat atau tidak), nabilah membuat keputusan untuk menghias semula blog ini... Dan alhamdulillah, pada anggapan nabilah, hiasan yang telah dilakukan seharian ini memuaskan hati nabilah... Pada anggapan sahabat-sahabat pula bagaimana??? Ok tak??? =.=???

Insyaallah, pada masa akan datang, jika diizinkan olehNya dengan diberi kelapangan waktu buat nabilah untuk menge'post' entri-entri baharu, nabilah akan cuba menaip serta menyebarkan entri-entri yang berguna buat tatapan pengunjung :: WassalamNur :: dan juga buat diri ini... Insyaallah... n_n

Baiklah, sekian sahaja buat hari ini... Moga bertemu lagi di entri-entri akan datang... Dengan lebih bersemangat dan info buat sahabat :: WassalamNur :: semua... Wassalamualaikum... ^O^