Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...
Salam sejahtera buat semua pengunjung WassalamNur dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog WassalamNur ni... Alhamdulillah, Allah masih terus memberikan kesempatan buat kita untuk bertemu lagi dalam entri WassalamNur kali ni... Entri kali ni, nabilah akan kongsikan satu artikel yang nabilah rasakan sangat menarik yang nabilah peroleh dari sebuah blog yang sememangnya penuh dengan ilmu2 yang bermanfaat iaitu blog keranakasihnabi.blogspot.com...
Artikel yang akan nabilah kongsikan ni adalah disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam Mukmin Profesional... Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan mujahadah ye sahabat2??? Haaa, mujahadah ni ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak... Perkataan "mujahadah" adalah berasal daripada perkataan "jihad", yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah... Sememangnya benar, bukan mudah untuk kita bermujahadah ni... Yelah, mana ada benda yang mudah kan kalau tak usaha, tak sabar kan... Untuk mengetahui lebih lanjut, dan ingin lebih memotivasikan diri lagi, mari sahabat2, teruskan membaca entri ni sampai habis k...
Selamat membaca... ^_^
Artikel yang akan nabilah kongsikan ni adalah disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam Mukmin Profesional... Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan mujahadah ye sahabat2??? Haaa, mujahadah ni ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak... Perkataan "mujahadah" adalah berasal daripada perkataan "jihad", yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah... Sememangnya benar, bukan mudah untuk kita bermujahadah ni... Yelah, mana ada benda yang mudah kan kalau tak usaha, tak sabar kan... Untuk mengetahui lebih lanjut, dan ingin lebih memotivasikan diri lagi, mari sahabat2, teruskan membaca entri ni sampai habis k...
Selamat membaca... ^_^
Usah Mengalah Dalam Mujahadah
Alhamdulillah Allah memilih kita untuk sekali lagi berada di dalam majlis ilmu. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Mutiara kata sebagai mukadimah bicara:
Apabila hati resah, pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau larangan Allah yang telah dilanggar ataupun kedua-duanya sekali. Jesteru, beristighfarlah. Paksa diri dan hati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Ingatlah wahai diri – melakukan taat lebih mudah daripada melakukan maksiat. Jika taat itu pedih, sesungguhnya maksiat itu lebih pedih.
Kita sentiasa berhadapan dengan 2 perkara dalam kehidupan – perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang suka dilakukan. Contoh perkara yang perlu ialah membaca, bekerja, beribadat dan seumpamanya dan perkara ini biasanya tidak disukai hawa nafsu. Contoh perkara yang disukai pula ialah berehat yang berlebihan, berhibur berlebihan, mengumpat dan seumpamanya. Kedua-dua perkara ini bersifat berlawanan – kita tak suka buat perkara yang kita perlu dan kita suka buat perkara yang kita tak perlu. Orang yang berjaya dalam kehidupan ialah orang yang buat perkara yang perlu walaupun tidak disukainya.
Definisi Islam amat mudah – buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Namun, untuk mengikutinya amatlah payah kerana nafsu menyukai yang berlawanan – suka apa yang dilarang, tak suka apa yang perlu. Oleh sebab itulah perlu adanya mujahadah dalam diri kita.
Ada dua sebab utama untuk kita mujahadah:
Pertama: Tiada jalan lain untuk berjaya di dunia dan akhirat selain daripada mujahadah.
Jalan itu pasti sakit, perit, namun kita perlu melaluinya juga. Inilah satu-satunya jalan menuju Allah, tiada jalan pintas yang lain. Inilah jalan yang paling panjang dan sukar, dan ini jugalah jalan yang pendek dan mudah.
Ada satu kisah yang sesuai dengan tajuk ini: Seorang tua melihat seorang anak kecil seolah-olah mencari sesuatu di bawah sinaran lampu pada malam hari. Lalu dia bertanyakan apakah yang dicari anak itu. Rupa-rupanya barang kepunyaan anak itu terjatuh dan dia perlu mencarinya. Lalu ditanya lagi di mana barang itu jatuh. Anak itu menunjukkan ke arah tempat gelap yang tiada lampu. Orang tua itu pun kehairanan dan bertanya, “Jika jatuh di sana, mengapa cari di sini?”. Dengan mudah anak itu kemudiannya menjawab, “Di sini cerah untuk mencari, tetapi di sana gelap”.
Walaupun cerita ini agak lucu, inilah hakikat yang banyak berlaku hari ini. Ramai antara kita yang membuat perkara yang mudah walaupun sudah tahu yang perkara itu tidak betul atau tidak akan memberi manfaat. Kita tahu jalan ke syurga itu sukar, namun kita cuba juga mencari jalan yang lain yang kita pasti tidak akan bertemu redha Allah padanya. Tiada jalan pintas menuju Allah.
Kedua: Untuk membuat kebaikan itu sukar, namun untuk membuat maksiat pun sukar juga. Oleh sebab itulah, lebih baiklah kita bersusah-payah buat kebaikan kerana ianya akan mendatangkan pahala dan redha Allah. Sebaliknya bersusah-payah buat maksiat akan menyusahkan diri di dunia dan di akhirat juga. Contohnya – untuk tutup aurat bukanlah mudah kerana perlu pakai tudung, memilih pakaian yang sesuai dan sebagainya. Namun untuk buka aurat pun susah juga kerana mereka juga dikata orang, tidak selesa dengan pakaian yang sempit dan sebagainya. Begitu juga untuk seseorang bangun tahajjud malam pun sukar juga, namun untuk bangun malam dan keluar mencuri pun sukar juga. Oleh itu, lebih baiklah kita bersusah-payah pada jalan Allah kerana bantuan Allah pasti akan tiba.
Kenapa kita perlu mujahadah?
Allah pasti akan beri kemanisan dan ketenangan dalam hati walaupun zahirnya nampak sengsara. Contohnya para sahabat yang hidup dalam kesusahan demi menegakkan Islam. Berapa ramai barisan sahabat yang mati syahid kerana Islam? Berapa ramai yang susah sehingga tidak makan dan minum, dan ketika meninggal pun tiada kain yang cukup untuk menutup jenazah mereka. Zahirnya nampak susah, namun mereka bahagia kerana di dalam hati mereka ada Allah.
Jika kalah sekalipun dalam mujahadah, Allah akan menilai usaha yang dilakukan. Kalah tidak mengapa, asalkan jangan mengalah. Allah menilai atas niat di hati yang ingin mujahadah. Jika kalah, kembali kepada Allah dan bertaubat, kerana Allah amat mencintai orang yang bertaubat kepada-Nya.
Allah nilai jalan mujahadah sebaik kita mengangkat langkah yang pertama, bukan hanya setelah kita sampai. Oleh sebab itu dikatakan bahagia itu ada disepanjang jalan, bukan di destinasi yang dituju sahaja. Allah juga janjikan bantuan dalan mujahadah. Allah lebih sayangkan seorang hamba melebihi kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya. Yakinlah Allah tidak akan mensia-siakan perjalanan kita yang perit menuju-Nya. Kekalkan baik sangka, dan jangan putus asa.
Allah janjikan balasan syurga. Segala susah-payah di dunia akan dibayar ketika di alam barzakh lagi. Ketika melihat kubur sebagai salah satu taman syurga, segala keperitan yang ditanggung di dunia akan lenyap serta-merta. Sebaliknya, jika ketika di dunia dahulu ingkar pada Allah, setelah mati akan ditunjukkan kubur sebagai salah satu kawah api neraka. Ketika itu, kelazatan melakukan maksiat dan kemungkaran di dunia akan lenyap sama sekali.
Oleh itu, celikkanlah mati hati kita dan terimalah sedikit kesusahan yang bersifat sementara demi kebahagiaan yang kekali di akhirat nanti, InsyaAllah.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Ramai orang ternama bukan Islam yang berakhlak baik, contohnya seperti Mother Teresa dan Dalai Lama. Mereka berjuang untuk membetulkan akhlak manusai tetapi mereka bukan Islam dan tempat mereka di neraka. Bagaimana hubung-kait perbuatan mereka dengan 'Law of Compesation'?
J: 'Law of Compensation' berlaku di dunia dan di akhirat. Bagi mereka yang tidak beriman, mereka dapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia kerana kebaikan mereka. Namun, tidak di akhirat. Sebagai analogi mudah – katakan ada seorang yang bergitu aktif dalam usaha menyelamatkan haiwan yang pupus, namun apabila dilihat, rupa-rupanya dia sendiri menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua. Adakah kita akan menghormati orang sebegini? Pastinya tidak. Jadi, samalah seperti kes orang kafir yang baik. Mereka baik dengan makhluk tetapi tidak baik dengan Pencipta makhluk.
S: Bagaimana pula orang yang membunuh ramai orang awam atas nama Islam dan dikatakan mati syahid dan bakal mendapat syurga?
J: Ini kisah zalim dan dizalimi. Jika seorang Islam itu zalim, dan orang yang dizalimi adalah bukan Islam, Allah akan berada di pihak orang bukan Islam. Oleh sebab itu, ada banyak empayar bukan Islam yang Allah izinkan maju kerana mereka berlaku adil. Oleh itu, Islam bukanlah tiket untuk menzalimi orang lain. Jadi, saya tidak menyokong orang Islam yang membunuh tanpa hak. Tetapi jika sedang berada dalam peperangan dan untuk memburu syahid, itu dibolehkan tapi masih perlu mematuhi adab-adab berperang seperti tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak boleh membakar pokok yang berbuah dan sebagainya.
S: Saya ditimpa ujian bertimpa-timpa. Mulanya saya berjaya menghadapinya, namun selepas itu saya masih terus diuji sehingga saya putus asa dan merasakan Allah tidak sayang pada saya. Bagaimana untuk menguatkan hati dalam menempuh ujian dan meyakini Allah menyayagi saya?
J: Kita perlu terima hakikat bahawa hidup memang untuk diuji. Diuji bermakna kita masih hidup. Orang yang Islam diuji, dan orang kafir juga diuji. Alhamdulillah sebagai seorang Islam, ujian Allah pasti mempunyai maksud yang baik. Ada sekurang-kurang 3 kesan positif ujian:
- Jika kita berdosa, Allah ingin ampunkan dosa kita.
- Jika kita taat, Allah ingin tambah pahala kita.
- Jika kita betul-betul cintakan Allah, Allah akan uji lebih lagi untuk meninggikan darjatnya (seprti mafhum sebuah hadis Nabis SAW).
Dalam pada itu, kita juga perlu ingat dengan sifat Penyayang Allah, Allah takkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Namun, selalunya kita berasa seolah-olah tiada kemampuan untuk menghadapai sesuatu ujian, dan kita juga merasa seolah-olah Allah tidak sayangkan kita. Ini merupakan perasaan semua orang sebenarnya. Mengapa? Perhatikan bagaimana seorang bayi yang pada mulanya berbaring sahaja sehinggalah akhirnya pandai berjalan dan berlari. Sebelum pandai berjalan, berbagai kesukaran perlu ditempuhi, jatuh-bangun sehingga ada-kalanya terluka dan perlu dibantu. Sebagai analogi – badan kita diberi vaksin (virus kecil) sebagai persediaan agar antibodi kita akan meningkat menghadapi virus yang lebih besar. Begitulah dalam kehidupan – Allah uji agar kekuatan kita meningkat. Kita perlu sabar dan redha ketika menghadapi ujian dan berusaha menyelesaikannya. Jangan pula sabar tanda berbuat apa-apa. Cari ilmu di sebalik ujian yang dihadapi. Perlu selalu ingat bahawa bila Allah sayang, Allah akan uji.
S: Bagaimana menghindarkan perasaan sia-sia kerana terpaksa buat sesuatu?
J: Berusaha untuk menjadi baik, walaupun belum baik, lebih baik daripada tidak berusaha langsung. Mula-mula buat memang susah biasanya. Apa satu pepatah: Buat dulu apa yang kita tidak suka buat, sampailah ke tahap di mana kita boleh buat apa saja yang kita suka buat – iaitu di syurga.
Kesimpulan:
Ada 3 golongan yang menghadapi mujahadah:
- Orang yang mengalah – Belum apa-apa lagi sudah mengaku kalah.
- Orang yang sedang berperang – sedang bermujahad – mungkin kalah tetapi tidak mengalah. Syaitan adalah musuh yang tidak pernah tidur, dan nafsu pula sentiasa mengajak kepada kemaksiatan, oleh itu kita perlu sentiasa berjuang.
- Orang yang menang dalam mujahadah – inilah yang perlu dijadikan pemimpin kita.
Daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Mukmin Profesional 24.09.2012
Hello, we are team Cerita Senja, want to share new article from Cerita Senja blog # Travel, beauty and lifestyle
ReplyDelete- Jakarta Humanity Festival 2019
- Review Emina Pore Ranger
- How to convert JPG to Ms.Word
Love, Farhati Mardhiyah