Monday, January 17, 2011

Minggu Persekolahan...

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung blog WassalamNur yang nabilah kasihi...
Semua sihat-sihat sahajakan???
Jika anda semua sihat-sihat sahaja, panjatkanlah syukur anda kepada Allah S.W.T. kerana telah diberikan kesihatan yang baik dan banyakkan memuji-muji namaNya... Insyaallah, Allah S.W.T. akan senantiasa merahmatimu selalu... Bagi yang kurang sihat, tetapkanlah iman anda... Serta panjatkanlah rasa syukur anda kepada Allah S.W.T... Janganlah sesekali anda berasa bahawa Allah membencimu atau tidak lagi menyayangimu... Justeru malah sebaliknya... Allah S.W.T. amat menyayangi hamba-hambanya... Percayalah... Selagi iman kita kuat, insyaallah, kita dapat menangani segala cubaan dariNya dengan mudah... ^_^

Setelah sekian lama tidak menaip dan berkongsi cerita di blog ini, tiba-tiba nabilah terasa rindu dan ingin sekali meluahkan perasaan yang terpendam selama beberapa minggu ini di sini... Bolehkan??? Adakah sesiapa ingin menghalang??? Hehehehehe... Kalau tiada baguslah... Semoga anda semua sudi berkongsi sedikit waktu untuk membaca entri nabilah pada kali ini... ^o^

Sejak bermulanya musim persekolahan ini, pasti semuanya sedang sibuk dengan homework masing-masing... Betul tak??? Hehehehehe... Apa yang nabilah katakan ni majoriti lebih kepada pelajar sekolah la ye... Dan salah seorangnya ialah nabilah... Seorang pelajar yang sedang menduduki di tingkatan 4 Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Alhamdulillah, semenjak berada di tingkatan 4 ini nabilah belum lagi menghadapi apa-apa masalah... Kalau adapun, telah nabilah cuba atasinya awal-awal... Insyaallah, nabilah berharap agar nabilah dapat kekalkan prestasi nabilah ini kalau boleh sehingga ke menara gading... Mohon doa ye semua... n_n

Sebenarnya nabilah ada juga mempunyai satu masalah yang cukup berat buat nabilah... Masalah apakah itu??? Masalah itu terlalu sukar buat nabilah untuk menyusun kata-kata untuk menceritakan buat semua... Bahkan, nabilah jugak tidak tahu bagaimana mahu memulakannya... Adakah semua masalah ini berpunca daripada nabilah sendiri??? Entah la... Mungkin juga... Tetapi nabilah berharap agar masalah ini tidak akan berkekalan lama... Nabilah takut kalau-kalau ia mempengaruhi pembelajaran nabilah yang selama ini nabilah cuba kekalkan agar tidak bercampur dengan masalah yang tidak seberapa penting ini... Persoalannya, benarkah masalah ini tidak penting buat nabilah??? Sekali lagi nabilah akan cakap, entah la... Semoga Allah S.W.T. menenangkan hati nabilah dan senantiasa melindungi nabilah daripada berfikir perkara-perkara yang negatif... Amin...

Baiklah, nabilah rasa cukuplah sampai di sini dahulu... Nabilah berharap kita dapat bertemu lagi di post entri-entri yang akan datang pula... Insyaallah... Sebelum itu, nabilah ingin mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung blog WassalamNur kerana sudi berkunjung ke blog ni hampir setiap hari tetapi masih tidak mendapat kunjungan kembali dari nabilah... Nabilah mohon maaf banyak-banyak kerana semenjak hari persekolahan sudah bermula, nabilah memang kurang aktif di blog... Tetapi alhamdulillah, nabilah cuba jugak untuk melawat blog sahabat-sahabat WassalamNur kembali dan follow-follow blog mereka... Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini... Diharapkan anda semua sudi jugak untuk mem"follow" blog WassalamNur yang tidak seberapa ini... Sekian sahaja entri nabilah pada kali ini... Wassalamualaikum... >__________^

5 comments:

  1. Semoga Hari2 Mu Bahagia Adek Nabil..

    Sekolah Harus Sukses...

    Kakak Doain yg terbaik buat Kamu..

    "Gemerlapkan hatimu dengan Cinta Allah dan Rasulullah"

    Salam Kenal dr Seberang..

    Dhymalk dhykTa
    @Makassar, Indonesia

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak Adi diatas doanya... Dan terima kasih juga kerana telah sudi mengunjungi blog WassalamNur ini... ^_^
    Salam kenal juga dari nabilah di Malaysia... ^o^
    Semoga Allah merahmati kak Adi selalu...

    ReplyDelete
  3. salam nabilah,

    rasanya lama dah tak jengok sini. Sebenarnya kak baru aje pulih drpd demam denggi! Alhamdulillah kini makin sihat...:)

    ReplyDelete
  4. Kak Teratai: Waalaikumussalam kak!!! Benarkah??? Alhamdulillah la kalau kakak sudah semakin sihat... Nabilah doakan agar kakak cepat sembuh dan boleh melakukan aktiviti seperti biasa... Amin... Nabilah pun sejak akhir-akhir ni sudah jarang di blog... Insyaallah, musim cuti tahun baru cina ni nabilah akan kembali aktif... Terima kasih kak kerana sudi mengunjungi blog nabilah... ^_^

    Adam: Terima kasih adam!!! Semoga adam dilindungi oleh Allah S.W.T. selalu... ^_^

    ReplyDelete