Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat nabilah yang sentiasa mengunjungi blog nabilah ini...
Pada hari ini, ingin nabilah kongsikan sedikit cerita yang telah nabilah baca di laman I Luv Islam sebentar tadi... Cerita ini mengisahkan bagaimana Rasulullah SAW membalas kejahatan yang dilakukan oleh seorang Yahudi yang sentiasa mengutuk dan mengeji Rasulullah dengan kebaikan... Marilah kita sama-sama menghayati cerita ini... ^_^
Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan
Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.".
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
- Artikel iluvislam.com
p/s: Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kekasihmu itu, Muhammad, sungguh mulia dan tidak pernah berdemdam kepada sesiapa pun... Ya Allah, kau berikanlah hidayahmu agar aku bisa mencontohi sifatnya dan sentiasa mengikuti sunnahnya seperti Abu Bakar RA lakukan... Ya Allah, engkau lindungilah aku, keluargaku, guru-guruku serta sahabat-sahabatku daripada godaan syaitanmu dan tunjukkanlah kami jalan yang benar lagi lurus... Tetapkanlah iman kami kepadamu Ya Allah... Amin ya rabbal alamin...
Friday, November 12, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Belajar buat Donut... Hehehehehe... ^_^
Assalamualaikum semua...
Apa khabar sahabat-sahabat nabilah yang sudi mengunjungi blog nabilah ni??? Semua sihat??? Alhamdulillah kalau semuanya sihat... Apa??? Nabilah pula bagaimana??? Hehehehehe... Alhamdulillah, nabilah pun sihat walafiat... ^_^
Hari ni nabilah nak kongsi sedikit apa yang telah nabilah belajar di sekolah buat tatapan semua pengunjung blog WassalamNur ini... Hari buat pengetahuan semua, nabilah dan rakan-rakan nabilah yang lain belajar bagaimana cara-cara untuk membuat 'Donut' ... Alhamdulillah, syukur sangat sebab donut yang group nabilah buat menjadi... Dan sedap pulak tu... Hehehehehe... Maklumlah, masa tu kami memang lapar sangat... Sebab tak sarapan pagi biasalah tu... Hihihihihi... Yang paling bestnya bila cikgu nabilah yang mengajar kami buat donut tu, Cikgu Azura, siap tolong masak coklat lagi untuk disalutkan sedikit kat atas donut tu nanti... Yang tu yang buat donut tu makin sodap tu... Tambah-tambah bila ditaburkan 'Chocolate Rice' kat atas lapisan coklat tu... Memang buat nabilah dan kawan-kawan makin laparlah...
Untuk post kali ni jugak nabilah nak kongsi cerita sikit berkenaan Jamuan Akhir Tahun Pengawas yang diadakan pada 9 November 2010 hari tu... Memang best!!! Tapi sayangnya nabilah tak ada gambar nak tunjuk... Maklumlah, nabilah tak berani nak bawa kamera mai sekolah... Takut kena rampas... Hehehehehe... Yang buat nabilah makin gembira lagi apabila kawan baik nabilah sudi untuk jadi pasangan juru acara majlis pada jamuan tu... Mula-mula memang la dia agak gementar dan menolak mentah-mentah permintaan nabilah tu... Tapi bila nabilah dah pujuk, akhirnya dia terima jugak... Memang tak dinafikan, sebenarnya nabilah pun gementar jugak, tambah-tambah untuk tampil bercakap di hadapan... Tapi mungkin disebabkan nabilah dah agak biasa dengan tugas tu, alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan nabilah... Terima kasih Ya Allah... ^_^
Oklah semua, diakhir post ini nabilah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azura yang sudi mengajar nabilah dan rakan-rakan tentang cara-cara pembuatan donut... Rakan-rakan yang satu group ngan nabilah dalam pembuatan donut ni iaitu Nurul dan Faten... Cikgu Asmadi dan Cikgu Idayu selaku guru pengawas yang mengatur jamuan pada hari Selasa hari tu... Guru-guru badan disiplin dan semua rakan pengawas sekalian... Terima kasih banyak-banyak semua...
Baiklah, sekian saja untuk hari ni... Wassalamualaikum... ^_________^
Sunday, November 7, 2010
Nak buat cerita??? Hmmm... Boleh ke???
Assalamualaikum semua...
Konichiwa minna-san... ^_^
Hai semua!!! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog nabilah ini... Hmmmm... Seperti biasa... Anda semua sihat??? Alhamdulillah nabilah di sini sihat-sihat sahaja... Bila dah lepas PMR ni memang agak bosan jugak kan... Hehehehe... Tapi walaupun bosan nabilah tetap dengan anime nabilah... Hehehehehe... Apalah nak jadi ngan nabilah ni... By the way, nabilah ada sesuatu yang ingin nabilah buat jugak... Tapi nabilah rasa tak sure pun ada jugak...
Ok, mari sini nabilah nak kongsikan buat semua pembaca post nabilah pada kali ini... Sebenarnya nabilah teringin nak cuba karang cerita berkenaan diri nabilah dan kawan-kawan nabilah di SMKMB sebelum PMR... Sebelum PMR nabilah memang rasa seram, maklumlah belum exam... Tapi sekarang dah lepas exam pun still seram lagi... Hihihihihi... Tapi bukannya nabilah nak karangkan cerita pasal perasaan seram nabilah tu... Kalau semua nak tau, nabilah rasa tahun ni lebih happening dari tahun-tahun sebelum ni semasa nabilah berada di SMKMB... Maksudnya, bagi nabilah tahun ni best la... Sebab apa??? Hmmmm... Rasanya agak susah untuk nabilah terangkan...
Nabilah betul-betul bersyukur sangat sebab tahun ni nabilah tak terlalu ada banyak masalah sangat... Alhamdulillah Allah telah berikan nabilah rakan-rakan yang baik yang sentiasa membantu nabilah dalam pelajaran... Guru-guru yang penyayang dan sentiasa sabar mengajar nabilah dah rakan-rakan... May Allah bless them... ^_^ Baiklah kembali pada cerita yang ingin nabilah buat tadi... Nabilah ada la cuba-cuba karang kat bahagian note di Facebook tu... Tapi apabila dah karang nabilah rasa macam tak sure pulak... Lagipun nabilah takut kalau-kalau tak dapat sambutan daripada rakan-rakan nanti... Huhuhuhu... Tapi tak mengapalah... Bila difikirkan balik mungkin nabilah harus pendamkan perasaan nabilah tu... Mungkin juga memori tu tak perlu disebarkan... Kerana apabila disebarkan mungkin ia tak seindah sebelum ia disebarkan... Hmmmm... ^_^
Oklah, sampai disini saja kot nabilah nak kongsikan buat semua dalam post nabilah kali ni... Nabilah harap anda semua sudi follow blog ni terus ye walaupun blog ni nabilah rasa agak sunyi sikit sejak kebelakangan ni... Sekian saja dari WassalamNur buat kali ni... Wassalamualaikum... >_^

Subscribe to:
Posts (Atom)