Monday, November 22, 2010

Gambatte Kudasai My Friends... ^_^

Ehem...
One, two, three...
Tok, tok...
Assalamualaikum semua!!!

Hehehehehehe... Hello my fellow friends... How are you??? Daijobu??? Watashi daijobuda yo... Hehehehehe... Faham tak??? Haa!!! Tak faham ye... Oooooo... Ehh!!! Faham pulak... Ok, ok... Hehehehehe... Maaf-maaf... Nabilah main-main je tadi... Jangan marah ye semua... Hihihihihihi...

Baiklah, post nabilah pada hari ni mungkin agak ringkas kot... Hehehehehe... Kenapa??? Hmmmm... Entah la... Nabilah pun tak tau... Tapi walaupun agak ringkas, nabilah harap semua masih sudi untuk follow blog WassalamNur ni terus-menerus ye... Maklumlah, nabilah sejak akhir-akhir ni dah lama tak mengarang... Kat blog ni jelah menjadi tempat untuk nabilah mengarang pelbagai cerita yang ingin nabilah kongsi bersama... Dan, nabilah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua sahabat-sabahat yang sudi membaca setiap post yang nabilah postkan kat dalam blog ni... Arigatou gozaimasu... ^_^

Ehem... Oklah, post nabilah pada kali ini ialah berkenaan peperiksaan SPM yang akan berlangsung esok, kurang daripada beberapa jam saja lagi... Hmmm... Tiba-tiba nabilah dapat rasakan betapa gementarnya para calon SPM untuk esok... Yelah, kan nabilah baru saja selesai ambil peperiksaan PMR... Tapi perasaan nabilah mungkin tak setanding dengan perasaan calon SPM... SPM ni lebih penting... Sebabnya SPM nilah yang akan menentukan kerjaya kita apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti... Huhuhuhuhu... Seram jugaklah bila nabilah cakap soal ni... "Nabilah... Jangan fikir yang bukan-bukan..." Hah??? Ok, ok... Baiklah suara hati ku... ;-P

Dalam post ini jugak nabilah nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua sahabat nabilah yang akan mengambil peperiksaan SPM mulai esok... Terutama sekali sahabat nabilah di Facebook... ^_^ Nabilah jugak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat nabilah yang banyak memberi kata-kata semangat sewaktu sebelum nabilah ambil PMR dulu... Dan sekarang, sahabat nabilah itu pula yang akan menghadapi peperiksaan SPM... Hehehehehe... Oklah, akhir sekali, seperti yang nabilah dah maklumkan tadi........ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2010... GAMBATTE KUDASAI NEE, MY FRIENDS!!! ^_^



Friday, November 19, 2010

Happy Time During Second Day On Aidiladha... ^_^

Assalamualaikum semua...                  
Hello everyone...
Konichiwa minna-san...

Hai semua pengunjung blog WassalamNur??? Semua apa khabar??? Sihat tak??? Kalau sihat, alhamdulillah... Kalau rasa tak berapa nak sihat tu cepat-cepat la makan ubat ye... Jangan sedih jangan berduka, insyaallah, Allah pasti akan sembuhkan penyakit kita tu asalkan kita berusaha untuk kembali sihat... Keadaan nabilah pula macam mana??? Hmmm... Alhamdulillah, nabilah masih diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria di bulan Zulhijjah ini...

Huhuhuhu... Sekejap betul masa berlalukan... Sedar tak sedar sekarang dah 19 November dah... Risau la... Ok, ok... Nabilah, ceriakan diri anda... Yakin, dan sentiasa berdoa... Ok??? ^_^
*Tarik nafas... Lepas... Fuhhh...

Oklah buat semua pengunjung blog nabilah ni... Hari ni nabilah baru balik rumah setelah dua hari nabilah tidur kat kampung... Best betul... Especially waktu hari raya kedua... Hehehehe... Kenapa??? Semua nak tau ke??? Oklah nabilah akan ceritakan... Pada hari raya kedua tu, lepas makan je nasi goreng yang pak teh dan mak teh nabilah buat, semua orang bersiap sedia untuk pergi ke satu pameran di Jusco Perda, Seberang Perai, Pulau Pinang... Nak tau apa pameran tu??? Pameran tu dinamakan sebagai 'Dinotrek' dimana pameran tentang pelbagai dinasour yang terdapat di muka bumi ni berjuta-juta tahun dahulu... Memang best... Tambahan pula bila pergi beramai-ramai... Hehehehehe... ^_^

Sebelum nabilah akhiri post nabilah pada kali ini... Ini dia beberapa gambar yang nabilah ambil semasa di pameran kelmarin untuk tatapan semua... Sekian saja untuk kali ini... Wassalamualaikum... ^_^






                                                            

                                                           

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha... ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog WassalamNur ini... ^_^

Bertarikh 17 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431 pasti semua sudah tau kan hari apakah hari ini??? Baiklah, rasanya semua sudah tau kan... Nabilah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan mohon maaf jika selama ini nabilah ada tersilap kata atau menyinggung perasaan semua pengunjung blog nabilah ni... Semoga dengan sambutan perayaan Aidiladha kita pada tahun ini memberi banyak keinsafan dalam diri kita... Insyaallah... ^_^

Opppss, lupa nabilah nak tanya khabar sahabat-sahabat nabilah yang sudi menjenguk blog nabilah ini... Semua apa khabar??? Nabilah harap semua sihat dan ceria di pagi Aidiladha ini... Sebelum tu nabilah nak tanya, apakah aktiviti anda semua pada pagi ini??? Hehehehehe... Hmmm mestilah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha kan... Dan lepas itu sudah pasti kita akan melihat aktiviti korban dijalankan kan... n_n

Buat semua sahabat-sahabat nabilah... Semasa aktviti korban tu dijalankan, janganlah kita ketawa atau berasa terlalu gembira pada saat itu... Kerana pada masa itu kita hendaklah berasa insaf dan bayangkanlah bagaimana saat apabila kita diwaktu nazak nanti seperti haiwan yang dikorbankan... Baiklah, nabilah nak tanya, adakah kita boleh bersuka ria pada saat nyawa kita dicabut??? Mestilah kita akan rasa sakit apabila nyawa kita akan dicabut nanti kan... Samalah seperti keadaan haiwan yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha... Sedangkan haiwan itu sedang sakit, kita pula mentertawakannya... Tidak wajarkan... ^_^ Bukan maksud nabilah kita tidak boleh bergembira... Boleh, cuma maksud nabilah bukan pada saat aktiviti korban dijalankan... Sebenarnya agak susah nabilah nak terangkan di sini dengan lebih lanjut kerana nabilah tidaklah terlalu pakar dalam berbicara... Tapi nabilah harap semua pengunjung blog WassalamNur ini tau akan sebabnya...

^_^ Baiklah semua, diakhir post ini sekali lagi nabilah nak ucapkan....... -------->