Tuesday, November 30, 2010

Subhanallah...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku... ^_^

Hai semua!!! Bagaimana keadaan anda semua pada hari ini??? Sihat-sihat sahaja kan??? Alhamdulillah... Nabilah pun di sini sihat-sihat sahaja... Sebelum nabilah memulakan post nabilah pada kali ini, nabilah nak mohon maaf banyak-banyak buat semua kerana beberapa hari ini nabilah tidak dapat membalas komen anda di shoutmix... Walau bagaimanapun, nabilah ucapkan terima kasih kerana sudi melawat WassalamNur ini... Terima kasih!!! n_n

Syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana sehingga sekarang kita masih diberikan kemudahan untuk berhubung meskipun hanya di alam maya... Alhamdulillah... Thank you Allah... Baiklah semua, hari ni nabilah nak share sesuatu buat semua yang membaca post nabilah pada kali ini... Nabilah tidak pastilah sama ada anda semua sudah mengetahuinya atau tidak, tapi nabilah harap anda semua sudi membaca dan menghayati maksud post nabilah pada hari ini...

Inilah dia post nabilah pada kali ini....... -------->


Assalamualaikum....



Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan

pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..

rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Subhanallah, subhanallah, subhanallah... Hanya ini sahaja yang mampu nabilah ucapkan apabila nabilah mencubanya... Sesungguhnya, Allah S.W.T. Maha Berkuasa dan inilah salah satu buktinya, iaitu mengujinya dengan mata kita... Salah satu ciptaan Allah yang sangat bernilai... Post nabilah pada kali ini nabilah ambil daripada salah seorang yang menyebarkannya di Facebook... Terima kasih banyak-banyak saudari... Oklah semua... Sampai di sini sahaja post nabilah pada kali ini... Nabilah harap nabilah masih diizinkan tuhan untuk menaip dan menyebarkan post-post yang berguna di WassalamNur ini, insyaallah... Wassalamualaikum... ^_^


Sunday, November 28, 2010

Cerita Yang Sangat Menarik... n_n

Assalamualaikum ya sahabat-sahabat WassalamNur...

Hai semua... Apa khabar anda semua di pagi hari ni??? Sihat atau tidak??? Alhamdulillah, jikalau sihat... Buat sahabat-sahabat yang kurang sihat, seperti biasa nabilah nasihatkan berjumpalah doktor... Bukannya apa, orang kata sekarang ni musim demam... Hehehehehe... Jadi cepat-cepatlah buat appointment dengan doktor ye... ^_^

Hmmmm... Apa topik atau cerita yang nabilah nak kongsikan ye pada hari ni??? Kalau dilihat dari tajuk ia berkenaan sesuatu cerita... Tapi... Apa ceritanya ya??? Haaa, ini dia ceritanya... Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan... Nabilah baru je start tengok cerita ni hari ni... Alhamdulillah setakat ni nabilah rasa teruja dan ingin terus mengikuti jalan ceritanya... Tapi nabilah masih tak dapat nak bagi komen apa-apa la sebabnya nabilah baru je tengok... Insyaallah, jikalau nabilah ada banyak masa terluang(sememangnya memang banyak) nabilah akan tengok sampai ke penghujung cerita ni... ^_^

Sebenarnya nabilah jugak nak ucapkan terima kasih buat seorang sahabat blogger yang memberitahu tentang cerita ni... Sememangnya nabilah memang peminat setia cerita Ketika Cinta Bertasbih... Cerita yang sangat menarik dan banyak memberi pangajaran kepada kita... Kalau nak diikutkan umur, rasanya nabilah mungkin kurang sesuai untuk menonton cerita ini, tapi nabilah rasa tak salahkan... Lagipun cerita ini cerita yang berlandaskan agama Islam, betul tak??? Baiklah sebelum nabilah menutup tajuk post nabilah pada hari ini, ini ada satu video, kira permulaan la buat sesiapa yang ingin menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan di Youtube... Selamat menonton... Wassalamualaikum... ^___________^

Friday, November 26, 2010

Ketika Cinta Bertasbih... ^_^

Assalamualaikum... ^___________^

Jumpa lagi kita semua hari ini... Alhamdulillah... Seperti biasa, bagaimana keadaan anda semua hari ini??? Baik-baik sahajakan??? Nabilah harap semuanya sihat-sihat sahaja... Jika ada sahabat-sahabat di WassalamNur ni rasa kurang sihat dan lemah-lemah sahaja, pohonlah pertolongan kepada Allah... Insyaallah, Allah S.W.T. akan mengabulkan segala doa-doa hambanya yang sentiasa memohon pertolongan kepadanya... Tetapi janganlah kita hanya meminta pertolongan dan ingat pada Allah semasa kita susah je ye... Sentiasalah kita mengingatiNya... Ok... ^_^

Baiklah, cukup setakat ini saja ye prolog nabilah pada hari ni... Hehehehehe... Oklah semua, berbalik pada tajuk post nabilah pada kali ini... Ketika Cinta Bertasbih... Hmmmm... Semua mesti pernah dengar kan??? Hehehehehe... Mestilah pernah dengar, lagipun filem ni mendapat sambutan yang tinggi... Macam mana ceritanya??? Nabilah tidaklah pintar untuk menceritakan bagaimana ceritanya... Lagipun nabilah tak pandai bercerita... Tapi nabilah hanya boleh syorkan anda semua menontonnya di youtube atau mana-mana websites lain... Cerita ni memang memberi banyak pengajaran, terutamanya berkenaan cinta yang berlandaskan agama Islam... Nabilah rasa remaja zaman sekarang perlu menonton cerita sebegini... Bukan nabilah ingin mengutuk atau mengata sesiapa, nabilah pun manusia yang lemah, yang sentiasa digodai oleh syaitan dan nafsu nabilah sendiri... Nabilah harap semua faham-faham ye...

Oklah semua, tiba-tiba nabilah dah tak tau nak cakap apa lagi... Hehehehe... Idea untuk mengarang terbatas la hari ni... Tapi sebelum nabilah akhiri post nabilah pada hari ini, nabilah nak ucapkan terima kasih buat semua kerana sudi follow blog WassalamNur... Terima kasih banyak-banyak... Dan... Nabilah ada sesuatu buat semua... Ini dia, video clip Devotees - Mahar Cinta (Ketika Cinta Bertasbih) yang nabilah ambil dari youtube sebentar tadi... Harap semua terhibur... >_^