Wednesday, November 10, 2010

Belajar buat Donut... Hehehehehe... ^_^

Assalamualaikum semua...

Apa khabar sahabat-sahabat nabilah yang sudi mengunjungi blog nabilah ni??? Semua sihat??? Alhamdulillah kalau semuanya sihat... Apa??? Nabilah pula bagaimana??? Hehehehehe... Alhamdulillah, nabilah pun sihat walafiat... ^_^

Hari ni nabilah nak kongsi sedikit apa yang telah nabilah belajar di sekolah buat tatapan semua pengunjung blog WassalamNur ini... Hari buat pengetahuan semua, nabilah dan rakan-rakan nabilah yang lain belajar bagaimana cara-cara untuk membuat 'Donut' ...  Alhamdulillah, syukur sangat sebab donut yang group nabilah buat menjadi... Dan sedap pulak tu... Hehehehehe... Maklumlah, masa tu kami memang lapar sangat... Sebab tak sarapan pagi biasalah tu... Hihihihihi... Yang paling bestnya bila cikgu nabilah yang mengajar kami buat donut tu, Cikgu Azura, siap tolong masak coklat lagi untuk disalutkan sedikit kat atas donut tu nanti... Yang tu yang buat donut tu makin sodap tu... Tambah-tambah bila ditaburkan 'Chocolate Rice' kat atas lapisan coklat tu... Memang buat nabilah dan kawan-kawan makin laparlah... 

Untuk post kali ni jugak nabilah nak kongsi cerita sikit berkenaan Jamuan Akhir Tahun Pengawas yang diadakan pada 9 November 2010 hari tu... Memang best!!! Tapi sayangnya nabilah tak ada gambar nak tunjuk... Maklumlah, nabilah tak berani nak bawa kamera mai sekolah... Takut kena rampas... Hehehehehe... Yang buat nabilah makin gembira lagi apabila kawan baik nabilah sudi untuk jadi pasangan juru acara majlis pada jamuan tu... Mula-mula memang la dia agak gementar dan menolak mentah-mentah permintaan nabilah tu... Tapi bila nabilah dah pujuk, akhirnya dia terima jugak... Memang tak dinafikan, sebenarnya nabilah pun gementar jugak, tambah-tambah untuk tampil bercakap di hadapan... Tapi mungkin disebabkan nabilah dah agak biasa dengan tugas tu, alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan nabilah... Terima kasih Ya Allah... ^_^

Oklah semua, diakhir post ini nabilah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Azura yang sudi mengajar nabilah dan rakan-rakan tentang cara-cara pembuatan donut... Rakan-rakan yang satu group ngan nabilah dalam pembuatan donut ni iaitu Nurul dan Faten... Cikgu Asmadi dan Cikgu Idayu selaku guru pengawas yang mengatur jamuan pada hari Selasa hari tu... Guru-guru badan disiplin dan semua rakan pengawas sekalian... Terima kasih banyak-banyak semua... 

Baiklah, sekian saja untuk hari ni... Wassalamualaikum... ^_________^ 

Sunday, November 7, 2010

Nak buat cerita??? Hmmm... Boleh ke???

Assalamualaikum semua...
Konichiwa minna-san... ^_^

Hai semua!!! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog nabilah ini... Hmmmm... Seperti biasa... Anda semua sihat??? Alhamdulillah nabilah di sini sihat-sihat sahaja... Bila dah lepas PMR ni memang agak bosan jugak kan... Hehehehe... Tapi walaupun bosan nabilah tetap dengan anime nabilah... Hehehehehe... Apalah nak jadi ngan nabilah ni... By the way, nabilah ada sesuatu yang ingin nabilah buat jugak... Tapi nabilah rasa tak sure pun ada jugak...

Ok, mari sini nabilah nak kongsikan buat semua pembaca post nabilah pada kali ini... Sebenarnya nabilah teringin nak cuba karang cerita berkenaan diri nabilah dan kawan-kawan nabilah di SMKMB sebelum PMR... Sebelum PMR nabilah memang rasa seram, maklumlah belum exam... Tapi sekarang dah lepas exam pun still seram lagi... Hihihihihi... Tapi bukannya nabilah nak karangkan cerita pasal perasaan seram nabilah tu... Kalau semua nak tau, nabilah rasa tahun ni lebih happening dari tahun-tahun sebelum ni semasa nabilah berada di SMKMB... Maksudnya, bagi nabilah tahun ni best la... Sebab apa??? Hmmmm... Rasanya agak susah untuk nabilah terangkan...

Nabilah betul-betul bersyukur sangat sebab tahun ni nabilah tak terlalu ada banyak masalah sangat... Alhamdulillah Allah telah berikan nabilah rakan-rakan yang baik yang sentiasa membantu nabilah dalam pelajaran... Guru-guru yang penyayang dan sentiasa sabar mengajar nabilah dah rakan-rakan... May Allah bless them... ^_^ Baiklah kembali pada cerita yang ingin nabilah buat tadi... Nabilah ada la cuba-cuba karang kat bahagian note di Facebook tu... Tapi apabila dah karang nabilah rasa macam tak sure pulak... Lagipun nabilah takut kalau-kalau tak dapat sambutan daripada rakan-rakan nanti... Huhuhuhu... Tapi tak mengapalah... Bila difikirkan balik mungkin nabilah harus pendamkan perasaan nabilah tu... Mungkin juga memori tu tak perlu disebarkan... Kerana apabila disebarkan mungkin ia tak seindah sebelum ia disebarkan... Hmmmm... ^_^

Oklah, sampai disini saja kot nabilah nak kongsikan buat semua dalam post nabilah kali ni... Nabilah harap anda semua sudi follow blog ni terus ye walaupun blog ni nabilah rasa agak sunyi sikit sejak kebelakangan ni... Sekian saja dari WassalamNur buat kali ni... Wassalamualaikum... >_^

Thursday, November 4, 2010

Lawatan Ke Terengganu Bersama Geng SMKMB... ^_^

Assalamualaikum...

Hai semua!!! Dah lama nabilah tak post kat blog nabilah ni kan??? ^_^ Rasa rindu pulak untuk menaip dan menghias blog ni... Hehehehehe... Tapi nabilah rasa susah la pulak... Sebab dah lama tak praktikkan... Sebenarnya nabilah ada benda yang nak dikongsikan buat semua pengunjung blog nabilah ni... Baru-baru ni, nabilah, guru-guru dan rakan-rakan nabilah pergi lawatan ke Terengganu... Pada masa yang sama kami pun ada singgah ke Kelantan jugak... Best betul... ^_^

Kalau semua nak tahu, nabilah banyak habiskan duit nabilah kat sana... Hehehehehe... Opppss... ^_^ Kat sana memang seronok lah nak shopping... Tambah-tambah pulak kalau nak shopping keropok, serunding, pakaian dan sebagainya... Kalau kat Kelantan nabilah paling suka dan teruja untuk shopping tudung... Waaaaahhh!!! Kalau semua nak tau, kat sana tudung yang dijual semuanya cantik-cantik... Rambang matalah nabilah... ^_^

Kat sini nabilah akan postkan sekali video yang dah nabilah uploadkan kat Facebook... Video ni nabilah buat khas buat tontonan semua... Selamat menonton... ^_____________^