Sunday, March 6, 2011

Menyertai Pertandingan Syarahan??? Mampukah???

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku dan urusan orang-orang terdekatku... Berikanlah kami kemudahan dalam segala urusan yang kami lakukan... Amin...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog WassalamNur ini... Waaaaahhh... Sudah lama nabilah tidak menjenguk blog kesayangan nabilah ni... Nampaknya blog ini tidak putus-putus menerima kunjungan daripada rakan-rakan blogger yang lain... Terima kasih banyak-banyak... Kunjungan anda semua amat dialu-alukan... Hehehehehe... Insyaallah, nabilah akan membalas semua kunjungan anda ye... ^_^

Bagaimanakah keadaan anda semua hari ini??? Sihatkah??? Alhamdulillah la kalau anda semua sihat-sihat sahaja... Nabilah turut gembira melihat semua sahabat-sahabat WassalamNur berada dalam keadaan baik-baik sahaja... >o^

Maafkan nabilah kerana sejak akhir-akhir ni nabilah agak sibuk sehingga mengabaikan blog WassalamNur serta pengunjung-pengunjung yang sudi melawat blog nabilah ni... Insyaallah, pada musim cuti persekolahan yang akan datang, nabilah akan cuba kerap-kerap berada di blog WassalamNur yang nabilah sayang ni... Hehehehehe... Kalau semua nak tau, sebenarnya nabilah baru sahaja selesai menjawab exam nabilah yang pertama untuk tahun ni... Soalan yang diberikan, fuhh... Memang tidak dapat nabilah nak ceritakan semuanya sekali... Ada yang senang... Ada yang sederhana senang... Ada yang sederhana susah... Daaaaannn... Sudah pastinya ada susah... Alamak seramnyer nak tunggu result yang akan diterima tidak lama lagi... Huhuhuhuhu...

Bila terbaca tajuk entri kali ini, mesti ada yang tertanya-tanyakan... "Kenapa dengan nabilah ni ek???" "Syarahan???" "Nabilah menyertai pertandingan syarahan ke???"

Ok, ok... Yup, memang benar nabilah bakal menyertai pertandingan syarahan... Tapi terus terang, nabilah berasa tidak yakin dan agak risau jika nabilah akan mengecewakan semua orang... Hope tidaklah ye... Walaupun nabilah sekarang sedang dilanda perasaan yang tidak sepatutnya nabilah rasa sekarang ni... Namun, ustazah-ustazah masih memberikan galakan kepada nabilah untuk teruskan menyertai pertandingan ini... Ya Allah, semoga hambamu ini dapat melakukan yang terbaik di hari pertandingan itu nanti Ya Allah...

Baiklah sahabat-sahabat WassalamNur sekalian... Setakat ini sajalah yang dapat nabilah kongsikan buat tatapan semua pada entri nabilah kali ini... Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog nabilah... Insyaallah, kunjungan anda akan dibalas tidak lama lagi k... Semoga anda semua ceria-ceria selalu... Wassalamualaikum... ^O^

Monday, January 17, 2011

Minggu Persekolahan...

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung blog WassalamNur yang nabilah kasihi...
Semua sihat-sihat sahajakan???
Jika anda semua sihat-sihat sahaja, panjatkanlah syukur anda kepada Allah S.W.T. kerana telah diberikan kesihatan yang baik dan banyakkan memuji-muji namaNya... Insyaallah, Allah S.W.T. akan senantiasa merahmatimu selalu... Bagi yang kurang sihat, tetapkanlah iman anda... Serta panjatkanlah rasa syukur anda kepada Allah S.W.T... Janganlah sesekali anda berasa bahawa Allah membencimu atau tidak lagi menyayangimu... Justeru malah sebaliknya... Allah S.W.T. amat menyayangi hamba-hambanya... Percayalah... Selagi iman kita kuat, insyaallah, kita dapat menangani segala cubaan dariNya dengan mudah... ^_^

Setelah sekian lama tidak menaip dan berkongsi cerita di blog ini, tiba-tiba nabilah terasa rindu dan ingin sekali meluahkan perasaan yang terpendam selama beberapa minggu ini di sini... Bolehkan??? Adakah sesiapa ingin menghalang??? Hehehehehe... Kalau tiada baguslah... Semoga anda semua sudi berkongsi sedikit waktu untuk membaca entri nabilah pada kali ini... ^o^

Sejak bermulanya musim persekolahan ini, pasti semuanya sedang sibuk dengan homework masing-masing... Betul tak??? Hehehehehe... Apa yang nabilah katakan ni majoriti lebih kepada pelajar sekolah la ye... Dan salah seorangnya ialah nabilah... Seorang pelajar yang sedang menduduki di tingkatan 4 Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Alhamdulillah, semenjak berada di tingkatan 4 ini nabilah belum lagi menghadapi apa-apa masalah... Kalau adapun, telah nabilah cuba atasinya awal-awal... Insyaallah, nabilah berharap agar nabilah dapat kekalkan prestasi nabilah ini kalau boleh sehingga ke menara gading... Mohon doa ye semua... n_n

Sebenarnya nabilah ada juga mempunyai satu masalah yang cukup berat buat nabilah... Masalah apakah itu??? Masalah itu terlalu sukar buat nabilah untuk menyusun kata-kata untuk menceritakan buat semua... Bahkan, nabilah jugak tidak tahu bagaimana mahu memulakannya... Adakah semua masalah ini berpunca daripada nabilah sendiri??? Entah la... Mungkin juga... Tetapi nabilah berharap agar masalah ini tidak akan berkekalan lama... Nabilah takut kalau-kalau ia mempengaruhi pembelajaran nabilah yang selama ini nabilah cuba kekalkan agar tidak bercampur dengan masalah yang tidak seberapa penting ini... Persoalannya, benarkah masalah ini tidak penting buat nabilah??? Sekali lagi nabilah akan cakap, entah la... Semoga Allah S.W.T. menenangkan hati nabilah dan senantiasa melindungi nabilah daripada berfikir perkara-perkara yang negatif... Amin...

Baiklah, nabilah rasa cukuplah sampai di sini dahulu... Nabilah berharap kita dapat bertemu lagi di post entri-entri yang akan datang pula... Insyaallah... Sebelum itu, nabilah ingin mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung blog WassalamNur kerana sudi berkunjung ke blog ni hampir setiap hari tetapi masih tidak mendapat kunjungan kembali dari nabilah... Nabilah mohon maaf banyak-banyak kerana semenjak hari persekolahan sudah bermula, nabilah memang kurang aktif di blog... Tetapi alhamdulillah, nabilah cuba jugak untuk melawat blog sahabat-sahabat WassalamNur kembali dan follow-follow blog mereka... Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini... Diharapkan anda semua sudi jugak untuk mem"follow" blog WassalamNur yang tidak seberapa ini... Sekian sahaja entri nabilah pada kali ini... Wassalamualaikum... >__________^

Sunday, January 2, 2011

Kembali Ke Sekolah!!! ^o^

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana anda semua masih sudi berkunjung ke blog nabilah yang tidak seberapa ini... Alhamdulillah, nabilah bersyukur sangat kerana blog nabilah sekarang ini nampaknya semakin ceria berbanding dahulu... Dan ini semua berkat teman-teman blogger dan semua yang sudi dan rajin berkunjung ke WassalamNur ini... Terima kasih banyak-banyak ye semua... ^_^

Waaaaahh... Nampaknya sekarang ni kita pun sudah memasuki tahun baru masihi iaitu 2011... Hmmm... Bila dah bercakap soal tahun baru ni mesti ramai yang akan bercakap atau bertanya soal 'Azam Tahun Baru' kan??? Haaa... Jadi, apakah azam anda semua ye pada tahun ini??? Mesti mahu jadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lepaskan... Yelah, mana ada yang mahu berniat untuk menjadi lebih buruk... Betul tak??? Hehehehe... Apa-apa pun, semoga azam tahun baru kita ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin... Jadikan kenangan masa-masa lalu sebagai pedoman buat kita untuk terus melangkah dengan lebih jauh lagi... Insyaallah, kita pasti berjaya mencapai azam kita pada tahun 2011 ini... ^o^

Jika diimbas kembali... Nabilah merasakan terlalu banyak kenangan sepanjang beberapa tahun yang lalu... Iaitu kenangan nabilah ketika di sekolah menengah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Sememangnya tidak mudah untuk nabilah lupakan kenangan-kenangan manis dan pahit di sana... Kenapa ye??? Kerana di sanalah nabilah mendapat rakan-rakan yang baik... Nabilah berasa rapat dengan guru-guru yang mengajar nabilah... Tidak lupa juga kenangan nabilah ketika bersekolah di sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan Alma dan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II... Kenangan itu semua memang membuatkan hidup nabilah merasa bermakna sangat...

Hmmm... Bukan itu saja entri nabilah untuk kali ini ye... Sepertinya cuti akhir tahun persekolahan pada tahun 2010 sudah pun tamat... Dan kelihatannya ada juga yang sudah mula bersekolah pada hari ni... Waaaahhh... Belajar rajin-rajin ye semua... Bagi nabilah pulak, nabilah akan mula bersekolah pada 3 Januari 2011... Esoklah maknanya.. Yup... Esoklah... Hehehehe... Rasa tak sabar itu memang ada, tapi rasa sedih juga turut nabilah rasakan... Mengapa nabilah merasa sedih ni??? Hmmm... Adakah nabilah wajib untuk menjawab soalan itu??? Nabilah rasa tidak perlulah nabilah kongsikan buat semua... Semua ok kan kalau nabilah tak bagitau??? >_^

Nampaknya sampai sini sajalah entri nabilah buat kali ini... Nabilah harap nabilah masih dapat luangkan sedikit masa nabilah buat blog WassalamNur ni walaupun di alam persekolah yang sudah semakin menjelma ini... Insyaallah... Buat semua yang telah sudi follow blog nabilah ini, nabilah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan nabilah harap anda semua sudi tinggalkan jejak anda di shoutmix di blog WassalamNur ini... Jika nabilah ada masa terluang, nabilah akan menjejaki kalian kembali, ok... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... ^~^