Sunday, June 20, 2010

Fadhilat Bulan Rejab...

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak jumpa... Hehehehe... Cepat betul masa berlalu kan??? Sedar tak sedar cuti sekolah 2 minggu untuk bulan ni dah habis... Sedihnya... Esok nak kembali ke sekolah macam biasa dah... Huhuhuhu...

Di satu sudut yang lain, ada satu suara yang mula berbisik...
Ehh nabilah, you can't say like that... You must think positive... Ingat exam PMR dah nak dekat... Mana boleh sedih bila nak pi sekolah...

Kembali ke diriku...
Yup betul tu... Aku mana boleh sedih... Aku harus sentiasa ingat yang tahun ni aku nak ambil exam PMR... Yup, aku harus berusaha... Aku harus happy... Harus belajar bersungguh-sungguh untuk dapat 8A... Insyaallah... Doakan nabilah ye semua... Semoga Allah mengaminkan doa nabilah dan doa kalian... Amin...

Oklah, sebenarnya nabilah post untuk hari ni pun sebab nabilah nak kongsikan buat semua maklumat yang nabilah dapat dari seseorang di Facebook... Dia yang taggedkan nabilah dalam notes dia baru-baru ni... So nabilah harap anda semua sudi untuk membacanya agar kita sama-sama mendapat ilmu yang baik ni... ^_^

Ini dia notesnya...

alhamdulillah tahun ni kite masih hidup lagi

berpuasa sunat pada bulan rejab bulan atau bulan Allah

tak salah kiter beramal lebih cikit kan?
^^
jadi ini sedikit fadhilat yg saya tahu pada sesiapa yg berpuasa pada bulan rejab^^


Fadhilat Bulan Rejab

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Terima kasih sahabatku diatas ilmu yang amat berguna ini... Buat semua pula nabilah harap marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah kita pada bulan Allah iaitu bulan Rejab ini... Selamat berpuasa... ^_^


No comments:

Post a Comment