Thursday, March 10, 2011

Pengalaman Baru Buat Diriku... :-D

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung WassalamNur yang nabilah kasihi sekalian... Apa khabar anda semua hari ni??? Sihatkah??? Gembirakah??? Rezeki bertambahkah??? Alhamdulillah kalau semua pengunjung berada dalam keadaan baik-baik sahaja... Seperti biasa, nabilah pun berada dalam keadaan baik-baik dan ceria sentiasa... Rasa syukur sekali nabilah ingin panjatkan kepada Allah S.W.T. diatas segala nikmat yang dikurniakan olehNya buat nabilah hari ni, seterusnya dan juga sebelumnya... Terima kasih Ya Allah... ^_^


Subhanallah, terasa begitu rindu sekali untuk berblogging... Alangkah indah dan gembiranya nabilah hari ini kerana diberikan masa dan kelapangan untuk menulis entri baru pada kali ini... Hmmmm... Happy, happy jugakkan... Namun, apa kena mengenanya tajuk entri nabilah pada kali ni ye??? Ok, ok, ok... Biar nabilah susun ayat jap ye supaya apa yang nabilah nak ceritakan ni semua dapat faham... Hehehehehe... Maklumlah, nabilah ni kalau nak bercerita ni susah ckit... Kadang-kadang apa yang nabilah cerita kat orang pun nabilah sendiri tak dapat nak faham... Hihihihihi... Pelikkan??? Pelik, pelik jugak... Namun, begitulah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi...

Masih ingatkah entri yang bertajuk "Menyertai Pertandingan Syarahan??? Mampukah???" ??? Haaaa... Entri kali ni merupakan sambungan la buat entri yang nabilah dah publish beberapa hari yang lalu tu... Dan hari nilah hari penentuannya... Hehehehehe... Bertarikh 10 Mac 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah, Pulau Pinang, disinilah tempat di mana pertandingan tersebut diadakan... Huhuhuhuhu... Memang gementarlah buat nabilah apabila tiba saatnya nabilah untuk bersyarah di hadapan khalayak ramai... Tidak dinafikan, sampai tersekat-sekat nabilah ketika bersyarah pada ketika itu, apatah lagi dilakukan secara spontan... Fuhhhh... ~o~"

Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya nabilah dapat juga merasai bagaimana suasana ketika menyertai pertandingan syarahan ni... Tambah-tambah pulak ini merupakan kali pertama nabilah menyertai pertandingan seperti ini... Dan yang pasti, hari ini merupakan satu pencapaian yang baru buat nabilah kerana berani tampil ke hadapan untuk bersyarah... Terima kasih tidak terhingga buat Ustazah Hairani, Ustazah Asmahan, Ustazah Basyirah, Ustazah Mazni serta tidak ketinggalan Ustaz Suhaimi diatas segala tunjuk ajar dan isi-isi yang diberikan kepada nabilah sepanjang minggu ni sebelum pertandingan berlangsung... Terima kasih sangat-sangat...

Baiklah pengunjung-pengunjung yang nabilah hormati sekalian... Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca entri nabilah kali ni... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... Rajin-rajinlah singgah di WassalamNur ye... >_^

3 comments: