Sunday, December 16, 2012

Syukurlah Nikmat Dilahirkan Sebagai Seorang Islam...


Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat :: WassalamNur :: sekalian… Salam hormat, salam ukhwah dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog :: WassalamNur ::... Alhamdulillah, Engkau telah menurunkan rahmatMu yang tidak terhingga dengan memberikan kesihatan mental dan fizikal buatku untuk terus menaip dengan hati yang lapang, minda yang cerdas serta kesihatan tubuh badan yang sihat, terhindar daripada sebarang kesakitan dan jari-jari yang kuat untuk menyebarkan sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama-sama buat sahabat-sahabat alam mayaku ini…

Subhanallah, tidak dapat nabilah gambarkan betapa sayu rasanya hati ini tatkala membaca artikel yang penuh menyentuh hati dan amat bermanfaat untuk kita terus bermunajat kepadaNya sehinggalah tiba di hari akhirat kelak… Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar… Subhanallah… Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menunjukkan aku suatu info yang amat berguna buat diriku untuk lebih mendekatkan diri kepadaMu… Sesungguhnya selama ini aku leka dan hampir menjauh dariMu… Tetapkanlah diri ini untuk terus dekat bersamaMu Ya Allah… Amin Ya Rabbal Alamin…

Entri yang akan nabilah post kali ini ialah ‘Kisah Pemuzik Punk Mencari Tuhan Yang Beriman Dengan Surah Al-Ikhlas’… Saat tertancapnya mata ini apabila melihat tajuk ini di suatu laman sesawang yang memaparkan pelbagai artikel, jari telunjukku pantas menghalakan ke link yang memaparkan artikel tersebut… Sungguh, hanya Allah S.W.T. yang memahami perasaanku ketika itu… Dan seolah-olah menggalakkanku untuk sebarkan sekaligus berkongsi buat sahabat-sahabat yang berkunjung ke teratak :: WassalamNur :: ku… Semoga sahabat-sahabat dan tidak terkecuali diri ini dapat mengambil iktibar dan manfaat apa yang telah kita lakukan selama ini dan setinggi manakah rasa ingin tahu kita terhadap pencipta kita, Allah S.W.T….

Kisah Pemuzik Punk Mencari Tuhan Yang Beriman Dengan Surah Al-Ikhlas
 Oleh: hanzarbosnia

  
"Suasana kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih muzik heavy metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial dan masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahaminya yang berlaku diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak dan keras.

Sebagai seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang dan harta sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami umum di barat. Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya.

Suatu hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan beliau mula mencarinya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan dalam komuniti Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian. Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain.

Beliau mula mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu menyembah patung-patung yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan pemberontak, beliau bertanya " Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan mencederakan saya?'. Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah perkara yang amat buruk..". Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?". Ternyata jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya melakukan apa-apa.

Seterusnya, beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? Hal ini amat pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.

Pencariannya mencari Tuhan diteruskan lagi dengan mengkaji pelbagai ideologi-ideologi yang ada ketika itu. Beliau mendapati, sentiasa terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat diantara ideologi-ideologi itu kerana ia hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan ego masing-masing.

Suatu hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu. Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan arab tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan Islam. Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan berazam untuk menyelidikinya.

Akhirnya, didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.

Dia amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya memerlukan sang Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.

Dia menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki keatas setiap yang lain.

Jiwanya membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini.

Akhirnya beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai kaitan dengan Islam. Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila beliau sampai di situ,para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dengan penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest, subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. Akhirnya dia dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah disitu.

Itulah kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.



p/s: Assalamualaikum sahabat-sahabat… Petang tadi nabilah sekeluarga telah dikejutkan dengan pemergian arwah pak su nabilah ketika di unit kecemasan di Hospital Seberang Jaya… Mohon doa ikhlas sahabat-sahabat yang berkunjung ke blog :: WassalamNur ::, al-fatihah… 


10 comments:

  1. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

    ReplyDelete
  2. salam..firstly takziah atas pemergian paksu nabilah..kun fa ya kun..bila Allah kata jadi maka jadilah...sama gak dgn kisah kat atas..bila Allah da memilih dia utk dpt hidayah maka terbuka lah hatinye utk terima dgn ikhlas walau dlm ape jua keadaan sekalipom..subhanallah..Allah itu Maha Agung..Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamabaNYA>.

    ReplyDelete
  3. nur naa'irah: Waalaikumussalam w.b.t.... Alhamdulillah, Allah S.W.T. telah permudahkan urusan untuk pengkebumian beliau... Betul apa yang dikatakan naa'irah tu... Semoga Allah sentiasa dekat bersama-sama kita(semua hambaNya) walau apa jua keadaan sekalipun... Insyaallah... Amin... :-)

    ReplyDelete
  4. owhh..smg beliau de tempatkan bersama org2 soleh/solehah..if kita nak Allah dekat dgn kita kita yg terlebih dhulu perlu dekatkan diri dgn Allah..jgn sombong t Allah sombong dgn kita, sush..na'uzubillah..:)..utk peringati diri sndiri..:)...owh ya, nama sebenar sy nadia not naa'irah..ade mksud tersirat dgn nama tu sy jadikan nama blog saya..sorry..:)..

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailayhiraji'un... Semoga arwah Paksu Nabilah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

    Moga2 kisah diatas dijadikan iktibar dan pedoman agar kita, umat Islam dapat bermuhasabah diri. :)

    ReplyDelete
  6. Nadia@nur naa'irah: Amin yang rabbal alamin... Terima kasih nadia...

    Betul tu... Maaf kerana telah membuat suatu spekulasi yang mungkin boleh mengelirukan orang lain... Macam cerita di atas, Brother Abdul Malik berusaha mencari siapa Tuhannya yang sebenar, oleh sebab niatnya itu benar untuk mencari Tuhannya, maka Allah telah memberikan hidayah buatnya... Sama la sepertinya yang nadia katakan... Betul tak??? :-)

    Owh, maafkan saya... Insyaallah, lepas ini saya akan terus panggil awak nadia k... ;-)

    ReplyDelete
  7. Yui Bieyna: Insyaallah... Amin... Itulah yang amat diharapkan oleh setiap orang... :-)

    Insyaallah, moga-moga begitulah hendakNya... Saya juga sering lalai dan leka dengan kemewahan yang sedang dimiliki di dunia ini... Semoga cerita di atas dapat dijadikan contoh teladan yang boleh memberikan suatu impak yang besar pada diri ini dan semua umat Islam... Amin... Terima kasih Yui Bieyna kerana sudi berkunjung ke blog dan membaca entri yang terdapat di dalam blog ini... :-D

    ReplyDelete
  8. Ya. Sama-sama ukhti. :) keep in touch.

    ReplyDelete