Wednesday, February 6, 2013

Keajaiban Selawat... ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat WassalamNur...
Sudah beberapa minggu nabilah tidak post entri terbaharu di laman WassalamNur ini... Alhamdulillah, hari ini nabilah diberikan kelapangan untuk menaip entri terbaharu sebagai tatapan yang bukan hanya tatapan kosong semata-mata tetapi insyaallah buat kefahaman serta amalan kita bersama untuk bekalan kita di akhirat kelak... Insyaallah... :)

Maulid Nabi tidak hanya berhenti di situ sahaja... Keingatan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah berterusan... Sebenarnya nabilah sudah lama ingin berkongsi apa yang ingin nabilah kongsikan hari ini... Namun, disebabkan nabilah sering terpengaruh dengan hal keduniaan semata-mata nabilah hampir-hampir hilang masa untuk berkongsi sesuatu bersama-sama sahabat-sahabat nabilah di sini... Mohon maaf atas kekhilafan diri ini... 

Insyaallah, hari ini sebagaimana tajuk yang tertera di atas, nabilah akan kongsikan sedikit ilmu yang nabilah peroleh di usrah semasa nabilah masih bersekolah dahulu... Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah merupakan tanda bahawa kita ingat dan rindu akan Nabi Muhammad S.A.W.... Akan tetapi, sering kalikah kita berbuat demikian??? Sedangkan sebenarnya terdapat banyak hikmah dan ganjaran yang akan kita peroleh daripadanya...


Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)

Terdapat juga satu kisah mengenai hikmah selawat ini... Dan cerita ini nabilah peroleh di satu laman sesawang HasnulHadiAhmad.Com yang banyak menyebarkan info-info islam yang sememangnya berguna buat kita bersama... Insyaallah... :)


Dosa Banyak Selawat Pun Banyak 
 
Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq” bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Apabila ditanya adakah sesuatu yang menyebabkan ia asyik berselawat sahaja.

Pemuda itu menjawab, “Ya, ketika aku bersama ayahku keluar mengerjakan fardu Haji tiba-tiba ayahku jatuh sakit di sebuah rumah. Ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya berubah menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.”

Melihat keadaannya begitu aku menangis kesedihan dan berkata : “Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Ayahku meninggal dunia dalam keadaannya yang pelik.”

Apabila malam menjelma. aku merasa mengantuk dan aku (bermimpi) melihat Rasulullah s.a.w dengan pakaian serba putih dan berbau semerbak harum mewangi. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya. Dengan serta merta aku lihat muka ayahku berubah menjadi terlalu putih melebihi putih susu!. Kemudiannya baginda menyapu pula perut ayahku yang membuncit itu lalu ia kembali seperti sediakala.

Apabila hendak beredar baginda berkata: “(Sesungguhnya ayahmu ialah seorang yang banyak melakukan maksiat dan dosa. Dia juga banyak berselawat ke atasku. Apabila berlaku perkara yang telah berlaku kepadanya itu, dia telah meminta bantuanku maka aku datang membantunya. Dan aku adalah pembantu kepada orang-orang yang banyak berselawat ke atasku semasa hidup di dunia).”

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad….


p/s: untuk mengetahui lebih mengenai Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. di laman ini bolehlah sahabat-sahabat berkunjung ke laman sesawang yang telah nabilah sertakan 'link'nya di atas...


Baiklah, sebagaimana yang nabilah janjikan, inilah dia 30 Keajaiban Selawat yang akan nabilah kongsikan yang tertulis di dalam Risalah Usrah Edisi Keempat SMK Tinggi Bukit Mertajam buat sahabat-sahabat sekalian... Selamat membaca dan selamat beramal... Semoga kita beroleh syafaat daripada baginda... Insyaallah... 


Keajaiban Selawat


1. Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - HR Muslim.
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali selesai menunaikan solat fardhu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu, berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaallah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insyaallah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardhu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memelirahanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat(pertolongan) daripada baginda Rasulullah SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, insyaallah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap kali selesai soat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani.         


Sekian sahaja entri nabilah untuk hari ini... Akhir kata, sesungguhnya Allah itu Maha Indah, dan Dia menciptakan hambanya iaitu KekasihNya juga indah untuk kita jadikan contoh teladan dan ingatan... Subhanallah... Sekian, wassalamualaikum... :)



9 comments:

  1. Assalamualaikum. Nabilah sihat....?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Entri yg bagus cik Nabilah. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous: Waalaikumussalam w.b.t.... Alhamdulillah, sihat... Terima kasih... :)

    ReplyDelete
  4. Yui Bieyna: Waalaikumussalam w.b.t. Yui... Terima kasih... Semoga bermanfaat buat kita bersama ya... :D

    ReplyDelete
  5. what are you doing right now...?

    ReplyDelete
  6. salam nabila :)

    begitu byk sekali kelebihan berselawat kpd rasulullah SAW...

    paling best 1 selawat atas nabi SAW 10 kali Allah dan para malaikat berselawat tuk kita..

    Allahu 'alam

    ReplyDelete
  7. Ayie Abas: Waalaikumussalam w.b.t. Ayie... Betul tu... Banyak sekali kelebihan berselawat ni, cuma kadang-kadang kita ni lupa dan ambil ringan je semua ni... Tidak dinafikan nabilah juga kadang-kadang begitu... Moga-moga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama ya... :)

    ReplyDelete
  8. Farah: Sama-sama... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung ke WassalamNur dan membaca entri-entri di WassalamNur Farah... Semoga entri-entri di WassalamNur ini bisa dimanfaatkan bersama... Insyaallah... Amin... :)

    ReplyDelete
  9. Dengan banyakkn berselawat,syukur alhamdulillah.moga kite mendapat byk ketenangan saat ditimpa pelbagai cabaran n musibah.aamiin

    ReplyDelete