Monday, December 27, 2010

Cover Your Aurat Campaign...

Assalamualaikum...
Salam bertemu kembali di entri baru WassalamNur pada kali ini... Nabilah harap semuanya sihat-sihat sahaja... Dan bagi sahabat-sahabat nabilah yang masih bersekolah atau masih lagi menuntut pengajian di menara gading, semoga kalian dilindungi oleh Allah S.W.T. agar tidak akan terjadi sesuatu yang buruk di saat cuti panjang yang sudah mahu tamat ini...

Hmmm... Baiklah... Berkaitan dengan tajuk dan gambar di atas pasti ada di antara rakan-rakan blogger sudah tahu apa yang akan nabilah muatkan di dalam entri nabilah pada kali ini... Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, nabilah harap apa yang nabilah tulis dapat dijadikan manfaat tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak... Insyaallah, nabilah akan kongsikan sedikit sebanyak pendapat nabilah mengenai aurat yang perlu kita jaga sebagai seorang muslim dan muslimah... ^_^

Seperti yang telah kita tahu, aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut... Manakala bagi perempuan pula, aurat mereka ialah seluruh anggota tubuh badan, kecuali wajah dan kedua tapak tangan...

Sekarang ini yang sering diperkatakan ialah mengenai penjagaan aurat perempuan yang semakin hari, semakin teruk... Baiklah, nabilah mulakan dengan pendapat nabilah terhadap perempuan zaman sekarang mengenai cara mereka berpakaian dan fahaman mereka mengenai 'Aurat'...

Peredaran fesyen pada zaman sekarang secara tidak langsung telah membuatkan terlalu ramai para muslimah di luar sana terikut-ikut untuk turut sama memperagakan pakaian tersebut... Mereka seolah-olah sudah lupa akan maksud aurat yang sebenar-benarnya... Baiklah, mula-mula sekali kita bermula dengan cara kita bertudung... Bertudung seperti yang Allah S.W.T. perintahkan buat seseorang muslimah ialah dipakai untuk menutup auratnya tetapi bukan untuk menutup rambutnya sahaja... Ini bererti, menutup aurat dengan tudung juga perlu kita titik beratkan agar kita tidak salah faham akan perintah Allah ini... Cara bertudung yang di haruskankan oleh syarak ialah melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan tudung tersebut tidak boleh jarang... Seterusnya, nabilah nak katakan tentang cara kita sebagai seorang muslimah berpakaian pula... Allah S.W.T. melarang apabila seorang muslimah itu memakai pakaian yang mengikut susuk tubuh badannya... Ini dapat nabilah kaitkan dengan trend pemakaian perempuan muslimah sekarang... Nabilah rasa tidak perlulah nabilah sentuh di sini kerana sudah pasti ramai di luar sana pun tau... Namun nabilah yakin, kita pasti dapat mengubahnya kembali dan jadikan cara pemakaian kita sekarang ke arah sesuatu yang menjauhkan kita daripada kemungkaran... Bukankah itu lebih baik??? ^_^

Ehem... Baiklah... Nabilah akan teruskan lagi entri nabilah dengan membincangkan mengenai aurat lelaki pula... Penjagaan aurat lelaki tidak kurang pentingnya di zaman ini... Biarpun kurang yang mempersoalkannya, namun masih ada juga yang kita terlepas pandang sama ada kita sedar ataupun tidak sedar... Hmmm... Apa yang akan nabilah persoalkan mengenai aurat lelaki ini ye??? Tidak banyak yang dapat nabilah persoalkan mengenai aurat lelaki ini, cuma di sini nabilah nak kaitkan dengan cara seseorang lelaki berpakaian ketika melakukan aktiviti bersukan... Kalau kita bercakap mengenai sukan ini sudah pastilah acara sukan yang paling digemari oleh kaum lelaki ialah bola sepak... Tak gitu??? Jadi apa kena mengena ye aktiviti sukan ini dengan aurat lelaki??? Apa yang nabilah nak sentuhkan di sini, ada diantara lelaki yang bermain bola dengan memakai sehelai t-shirt atau jersi dan seluar pendek melebihi atas lutut... Jadi sudah kelihatankan di mana salahnya... Maaf jikalau nabilah ada menyinggung perasaan... Tetapi itu semua masih boleh diperbaikikan... Tambahan pula aurat lelaki ini lebih mudah dijaga daripada aurat perempuan... Dan ini bukan sahaja dikaitkan dengan sukan bola sepak sahaja, malahan ketika kita bersukan yang lain pun kita perlu tetap menjaga aurat kita... Dan tidak dinafikan bahawa kaum perempuan juga terlibat sama dalam permasalahan berpakaian ketika bersukan ini...

Waaaahh, terlalu panjang pula ya entri nabilah pada kali ini... Semoga nabilah tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak di atas apa yang nabilah persoalkan mengenai pendapat nabilah tentang 'Aurat' ini... Sebelum nabilah melabuhkan tirai perbincangan kita pada kali ini, ingin nabilah berterima kasih kepada Kak Teratai kerana sudi tag nabilah untuk turut serta sama dalam kempen ini... Semoga apa yang dibincangkan dapat diberi manfaat buat kita bersama... Di sini nabilah ada juga muatkan cara berpakaian bagi seorang muslim dan muslimah yang sesuai dan mengikut syarak Islam... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... ^_^





5 comments:

  1. sebenarnya perkara asas dalam islam dalam menutup aurat ni yg perlu ditekankan untuk mengelakkan anak2 kita yg kecil2 terlibat ngan maksiat...islam tu dah sempurna...xperlu kot sampai de subjek pendidikan seks...kalau dah tau aurat n dosa berzina mestila x watkan??

    emo jap...ehehehe...by da way selamat berkenalan

    p/s: terkejut sbb terbaca de budak sekolah rendah dah mengandung n de yg wat aksi seks ngan adik beradik...takutnye la hai..

    ReplyDelete
  2. Nabilah pun setuju ngan pendapat sWeEt 'N LoVeLy tu... Justeru pendidikan agama itu yang perlu kita tekankan... Dengan cara pemakaian para muslimah sekarang ni sudah jelas kelihatan bahawa masyarakat sekarang ini sudah semakin luntur keakhlakkannya...

    Nabilah juga ada dengar cerita pasal itu... Semoga kita akan senantiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. daripada godaan syaitan serta nafsu kita sendiri...

    Terima kasih diatas pendapatnya ye... Tak pe sekali sekala kita emo sikit... Tambah2 pula bila dah bercakap soal ni... Selamat berkenalan... ^_^

    ReplyDelete