Monday, December 13, 2010

Filem Yang Dikatakan Dakwah...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang membaca entri di WassalamNur pada kali ini...
Diharapkan agar semua sihat-sihat sahaja dan ceria selalu... n_n

Hmmmm... Nampaknya pada hari ini nabilah telah menulis dua kali entri yang terbaru di WassalamNur ni... Alhamdulillah... Tiba-tiba sahaja nabilah mendapat idea dan semangat untuk berkongsi apa yang nabilah rasa pada saat ini... Dan semestinya ia berkait rapat dengan tajuk entri nabilah pada kali ini...

'Filem Yang Dikatakan Dakwah'

Nampaknya tajuk entri nabilah kali ini mungkin agak mendalam... Sebelum nabilah memulakan entri nabilah pada kali ini, nabilah ingin mohon maaf jika pendapat nabilah kurang menyenangkan di segelintir pembaca... Tapi inilah yang dapat nabilah katakan dari apa yang nabilah nampak di zaman sekarang... Filem dakwah yang sering kali difilemkan di panggung wayang sekarang ini nabilah rasa hanyalah sebagai kata-kata untuk menarik penonton untuk menonton filem mereka... Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Dan, mengapa nabilah berkata sedemikian???

Baiklah, bagi nabilah filem dakwah ini bagus... Tambahan pula tujuannya untuk berdakwah kepada masyarakat zaman sekarang... Masyarakat akhir zaman... Tetapi bagi nabilah caranya itu kurang sesuai... Kerana apa??? Kerana filem itu memuatkan terlalu banyak unsur yang tidak patut masyarakat tengok... Unsur zina... Tidakkah itu berdosa... Yup, itulah kenyataannya... Dan filem dakwah Malaysia adalah salah satu daripadanya... Nabilah tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh artis-artis kita sekarang... Bukan semua... Tapi, pemahaman dakwah mereka sepertinya tidak sama dengan maksud dakwah itu sendiri... Kadang-kadang nabilah merasakan bahawa cara dakwah mereka itu secara tidak langsung membawa mereka ke arah zina yang merupakan dosa besar dan membawa ke arah lembah kemurkaan Allah S.W.T....

Sebenarnya nabilah tidaklah mengatakan bahawa semua filem dakwah di Malaysia ini seperti apa yang nabilah maksudkan di atas... Tapi apa yang nabilah nampak sepertinya filem dakwah seperti itu lebih banyak daripada filem dakwah yang sebenar... Filem dakwah yang betul-betul memberi pengajaran buat masyarakat di akhir zaman ini... Ingatlah... Tahun baru hijrah baru sahaja bermula... Janganlah kita tayangkan filem-filem yang sedemikian... Walaupun filem itu sebenarnya untuk berdakwah, tapi janganlah kita selitkan unsur yang buruk itu terlalu banyak... Apakah unsur buruk itu??? Unsur yang melibatkan ke arah zina... Atau mungkin kita boleh buat filem dakwah tanpa unsur buruk itu... Kan lebih baik... Sampai dakwahnya kan... Insyaallah... ^_^

Baiklah, ini saja yang mampu nabilah katakan setakat ini... Nabilah harap janganlah di antara pembaca-pembaca salah sangka dengan apa yang nabilah katakan dalam entri nabilah pada kali ini... Sesungguhnya tiada niat buruk yang ingin nabilah sampaikan melalui entri ini... Cuma sekadar nasihat-menasihati... Sekian saja entri nabilah pada kali ini... Sekali lagi nabilah mohon maaf jika ada kesilapan yang tidak disengajakan oleh nabilah semasa menyebarkan entri ini... Wassalamualaikum... >_^







 

4 comments:

  1. salam nur nabilah,

    memang kalau kita lihat pd hr ini, byk menggunakan kononnya 'objektif Islam' tapi salah cara melaksanakannya, sperti Fashion Islamic baru2 ni..anyway kak sebenarnya ada tag nur nabilah untuk kempen berikut..

    kempen menutup aurat

    ReplyDelete
  2. filem yang berdakwah sekalipun, tak boleh mendedahkan aurat juga walau sedikit. baru betul filem itu berdakwah. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Teratai dan Sepi Tanpa Mimpi: Yup... Saya pun berfikiran begitu... ^_^

    ReplyDelete