Saturday, September 27, 2014

Usah Mengalah Dalam Mujahadah...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Salam sejahtera buat semua pengunjung WassalamNur dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog WassalamNur ni... Alhamdulillah, Allah masih terus memberikan kesempatan buat kita untuk bertemu lagi dalam entri WassalamNur kali ni... Entri kali ni, nabilah akan kongsikan satu artikel yang nabilah rasakan sangat menarik yang nabilah peroleh dari sebuah blog yang sememangnya penuh dengan ilmu2 yang bermanfaat iaitu blog keranakasihnabi.blogspot.com...

Artikel yang akan nabilah kongsikan ni adalah disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam Mukmin Profesional... Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan mujahadah ye sahabat2??? Haaa, mujahadah ni ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak... Perkataan "mujahadah" adalah berasal daripada perkataan "jihad", yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah... Sememangnya benar, bukan mudah untuk kita bermujahadah ni... Yelah, mana ada benda yang mudah kan kalau tak usaha, tak sabar kan... Untuk mengetahui lebih lanjut, dan ingin lebih memotivasikan diri lagi, mari sahabat2, teruskan membaca entri ni sampai habis k...
Selamat membaca... ^_^


Usah Mengalah Dalam Mujahadah


Alhamdulillah Allah memilih kita untuk sekali lagi berada di dalam majlis ilmu. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Mutiara kata sebagai mukadimah bicara:
Apabila hati resah, pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau larangan Allah yang telah dilanggar ataupun kedua-duanya sekali. Jesteru, beristighfarlah. Paksa diri dan hati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Ingatlah wahai diri – melakukan taat lebih mudah daripada melakukan maksiat. Jika taat itu pedih, sesungguhnya maksiat itu lebih pedih.

Kita sentiasa berhadapan dengan 2 perkara dalam kehidupan – perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang suka dilakukan. Contoh perkara yang perlu ialah membaca, bekerja, beribadat dan seumpamanya dan perkara ini biasanya tidak disukai hawa nafsu. Contoh perkara yang disukai pula ialah berehat yang berlebihan, berhibur berlebihan, mengumpat dan seumpamanya. Kedua-dua perkara ini bersifat berlawanan – kita tak suka buat perkara yang kita perlu dan kita suka buat perkara yang kita tak perlu. Orang yang berjaya dalam kehidupan ialah orang yang buat perkara yang perlu walaupun tidak disukainya.

Definisi Islam amat mudah – buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Namun, untuk mengikutinya amatlah payah kerana nafsu menyukai yang berlawanan – suka apa yang dilarang, tak suka apa yang perlu. Oleh sebab itulah perlu adanya mujahadah dalam diri kita.

Ada dua sebab utama untuk kita mujahadah:
Pertama: Tiada jalan lain untuk berjaya di dunia dan akhirat selain daripada mujahadah
Jalan itu pasti sakit, perit, namun kita perlu melaluinya juga. Inilah satu-satunya jalan menuju Allah, tiada jalan pintas yang lain. Inilah jalan yang paling panjang dan sukar, dan ini jugalah jalan yang pendek dan mudah.

Ada satu kisah yang sesuai dengan tajuk ini: Seorang tua melihat seorang anak kecil seolah-olah mencari sesuatu di bawah sinaran lampu pada malam hari. Lalu dia bertanyakan apakah yang dicari anak itu. Rupa-rupanya barang kepunyaan anak itu terjatuh dan dia perlu mencarinya. Lalu ditanya lagi di mana barang itu jatuh. Anak itu menunjukkan ke arah tempat gelap yang tiada lampu. Orang tua itu pun kehairanan dan bertanya, “Jika jatuh di sana, mengapa cari di sini?”. Dengan mudah anak itu kemudiannya menjawab, “Di sini cerah untuk mencari, tetapi di sana gelap”. 

Walaupun cerita ini agak lucu, inilah hakikat yang banyak berlaku hari ini. Ramai antara kita yang membuat perkara yang mudah walaupun sudah tahu yang perkara itu tidak betul atau tidak akan memberi manfaat. Kita tahu jalan ke syurga itu sukar, namun kita cuba juga mencari jalan yang lain yang kita pasti tidak akan bertemu redha Allah padanya. Tiada jalan pintas menuju Allah.

Kedua: Untuk membuat kebaikan itu sukar, namun untuk membuat maksiat pun sukar juga. Oleh sebab itulah, lebih baiklah kita bersusah-payah buat kebaikan kerana ianya akan mendatangkan pahala dan redha Allah. Sebaliknya bersusah-payah buat maksiat akan menyusahkan diri di dunia dan di akhirat juga. Contohnya – untuk tutup aurat bukanlah mudah kerana perlu pakai tudung, memilih pakaian yang sesuai dan sebagainya. Namun untuk buka aurat pun susah juga kerana mereka juga dikata orang, tidak selesa dengan pakaian yang sempit dan sebagainya. Begitu juga untuk seseorang bangun tahajjud malam pun sukar juga, namun untuk bangun malam dan keluar mencuri pun sukar juga. Oleh itu, lebih baiklah kita bersusah-payah pada jalan Allah kerana bantuan Allah pasti akan tiba.

Kenapa kita perlu mujahadah?
Allah pasti akan beri kemanisan dan ketenangan dalam hati walaupun zahirnya nampak sengsara. Contohnya para sahabat yang hidup dalam kesusahan demi menegakkan Islam. Berapa ramai barisan sahabat yang mati syahid kerana Islam? Berapa ramai yang susah sehingga tidak makan dan minum, dan ketika meninggal pun tiada kain yang cukup untuk menutup jenazah mereka. Zahirnya nampak susah, namun mereka bahagia kerana di dalam hati mereka ada Allah.

Jika kalah sekalipun dalam mujahadah, Allah akan menilai usaha yang dilakukan. Kalah tidak mengapa, asalkan jangan mengalah. Allah menilai atas niat di hati yang ingin mujahadah. Jika kalah, kembali kepada Allah dan bertaubat, kerana Allah amat mencintai orang yang bertaubat kepada-Nya.

Allah nilai jalan mujahadah sebaik kita mengangkat langkah yang pertama, bukan hanya setelah kita sampai. Oleh sebab itu dikatakan bahagia itu ada disepanjang jalan, bukan di destinasi yang dituju sahaja. Allah juga janjikan bantuan dalan mujahadah. Allah lebih sayangkan seorang hamba melebihi kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya. Yakinlah Allah tidak akan mensia-siakan perjalanan kita yang perit menuju-Nya. Kekalkan baik sangka, dan jangan putus asa.

Allah janjikan balasan syurga. Segala susah-payah di dunia akan dibayar ketika di alam barzakh lagi. Ketika melihat kubur sebagai salah satu taman syurga, segala keperitan yang ditanggung di dunia akan lenyap serta-merta. Sebaliknya, jika ketika di dunia dahulu ingkar pada Allah, setelah mati akan ditunjukkan kubur sebagai salah satu kawah api neraka. Ketika itu, kelazatan melakukan maksiat dan kemungkaran di dunia akan lenyap sama sekali.

Oleh itu, celikkanlah mati hati kita dan terimalah sedikit kesusahan yang bersifat sementara demi kebahagiaan yang kekali di akhirat nanti, InsyaAllah.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Ramai orang ternama bukan Islam yang berakhlak baik, contohnya seperti Mother Teresa dan Dalai Lama. Mereka berjuang untuk membetulkan akhlak manusai tetapi mereka bukan Islam dan tempat mereka di neraka. Bagaimana hubung-kait perbuatan mereka dengan 'Law of Compesation'?
J: 'Law of Compensation' berlaku di dunia dan di akhirat. Bagi mereka yang tidak beriman, mereka dapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia kerana kebaikan mereka. Namun, tidak di akhirat. Sebagai analogi mudah – katakan ada seorang yang bergitu aktif dalam usaha menyelamatkan haiwan yang pupus, namun apabila dilihat, rupa-rupanya dia sendiri menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua. Adakah kita akan menghormati orang sebegini? Pastinya tidak. Jadi, samalah seperti kes orang kafir yang baik. Mereka baik dengan makhluk tetapi tidak baik dengan Pencipta makhluk.

S: Bagaimana pula orang yang membunuh ramai orang awam atas nama Islam dan dikatakan mati syahid dan bakal mendapat syurga?
J: Ini kisah zalim dan dizalimi. Jika seorang Islam itu zalim, dan orang yang dizalimi adalah bukan Islam, Allah akan berada di pihak orang bukan Islam. Oleh sebab itu, ada banyak empayar bukan Islam yang Allah izinkan maju kerana mereka berlaku adil. Oleh itu, Islam bukanlah tiket untuk menzalimi orang lain. Jadi, saya tidak menyokong orang Islam yang membunuh tanpa hak. Tetapi jika sedang berada dalam peperangan dan untuk memburu syahid, itu dibolehkan tapi masih perlu mematuhi adab-adab berperang seperti tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak boleh membakar pokok yang berbuah dan sebagainya.

S: Saya ditimpa ujian bertimpa-timpa. Mulanya saya berjaya menghadapinya, namun selepas itu saya masih terus diuji sehingga saya putus asa dan merasakan Allah tidak sayang pada saya. Bagaimana untuk menguatkan hati dalam menempuh ujian dan meyakini Allah menyayagi saya?
J: Kita perlu terima hakikat bahawa hidup memang untuk diuji. Diuji bermakna kita masih hidup. Orang yang Islam diuji, dan orang kafir juga diuji. Alhamdulillah sebagai seorang Islam, ujian Allah pasti mempunyai maksud yang baik. Ada sekurang-kurang 3 kesan positif ujian:
  1. Jika kita berdosa, Allah ingin ampunkan dosa kita.
  2. Jika kita taat, Allah ingin tambah pahala kita.
  3. Jika kita betul-betul cintakan Allah, Allah akan uji lebih lagi untuk meninggikan darjatnya (seprti mafhum sebuah hadis Nabis SAW). 
Cuba bandingkan dengan kisah Nabi SAW yang paling banyak diuji. Ayah baginda meninggal sebelum baginda dilahirkan, kemudiannya ibunya pula meninggal ketika baginda berumur 5 tahun. Setelah dibela datuknya, datuknya juga meninggal. Kemudian bapa saudaranya pula meninggal pada saat dia sangat-sangat memerlukan pembelaan bapa saudaranya. Srikandi cintanya iaitu Khadijah juga meninggal. Begitu juga denga puterinya, Ruqayah. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW juga mengetahui bahawa cucu baginda akan diseksa dan disakiti kelak. Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang terbaik, dan baginda diuji sedemikian rupa. Oleh itu, siapalah kita jika dibandingkanlah dengan baginda SAW. Kita tidaklah sebaik, semulia Nabi SAW, oleh itu kita sangat layak diuji. Lafazkan kalimah 'Istirjak' dan datangkannya daripada hati berulang-kali.

Dalam pada itu, kita juga perlu ingat dengan sifat Penyayang Allah, Allah takkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Namun, selalunya kita berasa seolah-olah tiada kemampuan untuk menghadapai sesuatu ujian, dan kita juga merasa seolah-olah Allah tidak sayangkan kita. Ini merupakan perasaan semua orang sebenarnya. Mengapa? Perhatikan bagaimana seorang bayi yang pada mulanya berbaring sahaja sehinggalah akhirnya pandai berjalan dan berlari. Sebelum pandai berjalan, berbagai kesukaran perlu ditempuhi, jatuh-bangun sehingga ada-kalanya terluka dan perlu dibantu. Sebagai analogi – badan kita diberi vaksin (virus kecil) sebagai persediaan agar antibodi kita akan meningkat menghadapi virus yang lebih besar. Begitulah dalam kehidupan – Allah uji agar kekuatan kita meningkat. Kita perlu sabar dan redha ketika menghadapi ujian dan berusaha menyelesaikannya. Jangan pula sabar tanda berbuat apa-apa. Cari ilmu di sebalik ujian yang dihadapi. Perlu selalu ingat bahawa bila Allah sayang, Allah akan uji.

S: Bagaimana menghindarkan perasaan sia-sia kerana terpaksa buat sesuatu?
J: Berusaha untuk menjadi baik, walaupun belum baik, lebih baik daripada tidak berusaha langsung. Mula-mula buat memang susah biasanya. Apa satu pepatah: Buat dulu apa yang kita tidak suka buat, sampailah ke tahap di mana kita boleh buat apa saja yang kita suka buat – iaitu di syurga.

Kesimpulan:
Ada 3 golongan yang menghadapi mujahadah:
  1. Orang yang mengalah – Belum apa-apa lagi sudah mengaku kalah.
  2. Orang yang sedang berperang – sedang bermujahad – mungkin kalah tetapi tidak mengalah. Syaitan adalah musuh yang tidak pernah tidur, dan nafsu pula sentiasa mengajak kepada kemaksiatan, oleh itu kita perlu sentiasa berjuang.
  3. Orang yang menang dalam mujahadah – inilah yang perlu dijadikan pemimpin kita.

Daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Mukmin Profesional 24.09.2012

Thursday, September 25, 2014

Kalam Cinta Buat Ayahanda Bonda...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat WassalamNur sekalian...
Semoga sahabat-sahabat terus sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. dan dilimpahkan dengan hidayahNya selalu... Aaamiiiinn... ^_^

Haaa semua apa khabar??? Sihat??? Tak sihat??? Alhamdulillah, walau apa jua keadaan kita, ucapkanlah "Alhamdulillah", hopefully kita sentiasa menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur diatas nikmat pemberianNya... Sakit pun rahmat dariNya kan???  ^O^

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan nabilah kat bumi UKM ni...(eleh baru sebulan... eeehhhh!!! tak!!! tak!!! belum sebulan lagi dah kecoh... hahahaha...) Sekarang barulah diri ni rasa apa yang sesetengah sahabat2 kat matrik rasa dulu... Huhu... Rasa apa??? Ohh my!!! Rasa berjauhan ngan famili la... Hahahaha... Something 'LOL' right??? Mesti ada gak yang cakap anak manja ni nabilah ni... Hahahaha... Amboih, salah ke nak bermanja ngan famili sendiri??? Takpekan??? Tak dosa pun malah dapat pahala lagi... Wink~Wink~ >.^


Seriously bila dah berjauhan ni kan, memang tak dapat dinafikan la, rasa hubungan kekeluargaan tu makin akrab kot... Kalau kat matrik pun dah rasa apatah lagi la kat UKM ni... Hoho... ^O^ Call, mesej, whatsapp, wechat, haaa apa lagi??? Semua adalah... Memang rajin gak la contact ngan famili... Especially mak la... Memang rajin... :P Hahahaha... Kalau ayah plak kan, dengaq katanya tak habeh2 nak mai UKM ni... Hehe... I know he miss me... :D

Kalau dapat nabilah tanya hampa semua la kan, sahabat2 WassalamNur yang sama situasi ngan nabilah sekarang ni, pernah tak hampa karangkan kalam2 cinta terindah buat ayah dan emak hampa??? Ehhh!!! Ehhh!!! Relax2... Maksud nabilah kat sini bukan karang surat cinta ka apa... Kalau surat cinta nabilah pun tak pernah bagi... Tambah2 nak karang ayat2 bunga lagi... Hahahaha... Memang tak reti la... But I think that is my sis special ability I think... XD 

Kalam cinta yang nabilah maksudkan kat sini ialah, kalam-kalam Allah yang kita lafazkan buat ayah mak kita... Iaitu doa... Seberapa kerapkah kita doakan mak ayah kita??? Kita selalu lafazkan(amboi lafazkan nuu... XD ) rasa rindu, sayang kat mak ayah kita... Huh??? Apa??? Yang tu pun tak pernah wat??? Hahahaha... Hampa cover la ni... Kan??? Takpa la, itu cara hampa ngan famili hampa... Kita semua ada cara sweet masing2 ngan famili kita kan... Dan cara yang paling terbaik untuk kita tunjukkan rasa cinta kita, rasa sayang, rasa rindu pada famili kita, terutama pada mak ayah kita of course la dengan berdoa buat mereka... Kalau yang tu pun tak pernah buat, hmmm... Tak tau la ceq nak kata apa... :P


Sekarang ni kalau kita tengok ramai yang tak sihat, demam2, selsema, batuk2... Mungkin jugak sebab cuaca sekarang yang tak menentu semua kan... Haaa pernah tak sahabat2 terfikir untuk doakan buat mak ayah sahabat2??? Doakan kesihatan depa... Call utk tanya khabar depa... Kita boleh mesej pakwe makwe semua... Caring2 dengan yang bukan mahram... Tanya dia "You apa khabar???" "Ayang sihat???"(amboih 'ayang', ni dah tahap kritikal ni... kalau yg 'baby' tu lg takleh blah rasanya...) Allahuakbar...

Haaa... Betul tak??? Kalau dengan orang lain yang belum2 tentu akn ada hubungan yg kekal dengan kita sehingga ke jannah kelak(In Shaa Allah) kita dah caring, rajin call, rajin mesej, chat semua... Rajin perabeh duit semua utk depa, apatah lagi sepatutnya mak ayah kita kan??? Padahal yang selalu duk salurkan duit kat kita tiap2 bulan tu 'mak ayah' kita, bknnya 'orang lain' tu... Hahahaha... Haaa, ingat... ^_^



Kadang2 bila dah alam U ni mungkin ada yang akan busy dan ada gak yang biasa2 ja, which means tak busy sangat la... Jd ada gak kadang2 tu tak sempat nak chit chat ngan mak ayah... It's okay, takpa... Tapi yang pasti, doa buat mak ayah tu janganlah lupa k... Tiap kali lepas solat, doalah buat mak ayah kita... Tak tau nk doa dalam arab, doa dalam bahasa melayu pun boleh... Kadang2 tu sbb nak lebih khusyuk doa kan... Takpa, relax... Allah paham aih... Cumanya lebih afdalkan doa dalam arab...(betulkan nabilah kalau silap) Lgpun tak susah, kita pun pernah belajaq doa ni waktu prasekolah/tadika dan sekolah dulu... Kan??? Kan??? Kan??? :D

Ni la doanya... Haaa mesti semua dah ingat doanya... Lepas ni kita rajin2 doa k... ^O^

Oklah semua, nampaknya nabilah stop di sini dulu entri nabilah kali ni... Maafkan nabilah jika ada yang kurang senang atau mungkin terasa(haaa... terasa??? bagus3...) dengan apa yang nabilah postkan... Terus terang, nabilah pun sebenarnya terasa gak ngan apa yang nabilah sendiri tulis ni... Sepertimana yang pernah nabilah katakan sebelum ni, segala coretan dalam blog WassalamNur ni bukanlah semata-mata untuk di'share'kan buat sahabat2 sahaja, malah buat diri yang sering dipenuhi dengan dosa ni juga... Kita ini sama2 pendosa, kita ni sama2 kurang sempurna... Allah ciptakan kita ni kurang sempurna adalah untuk kita sama2 saling melengkapi antara satu sama lain... Haaa nampak tak??? Dia Maha Bijaksana, dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya... Baiklah, terima kasih semua sudi luangkan masa untuk membaca entri WassalamNur kali ni... Diharapkan kalian bolehlah membaca entri2 yang lain pula di WassalamNur ni... Sekian saja untuk kali ni... Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh... ^_^

Saturday, September 20, 2014

Permulaan Kepada Suatu Pembaharuan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Alunan bismillah pembuka bicara,
Salam diberi sejahtera hendakNya,
Setelah lama berdiam, kini kembali berbicara,
Inilah permulaan semula dlm memperoleh redhaNya... ^_^

Hahahaha... Pantun mcm entah apa2 je... Dah lama tak mengusik blog WassalamNur ni... Hampir setahun lebih tak menaip apa2 input dlm blog ni... Dan kalau tak silap dlm tempoh itulah nabilah ambil lesen memandu dan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi... Hahahaha... Terus terang memang jari2 ini rindu... Rindu utk menaip... Rindu utk kongsikan segala-galanya... Rindu jugak utk berblogwalking ke blog sahabat2 lain... :D (Hahahaha, agak2nya masih adakah sahabat2 yg masih mengenali blog yg pemiliknya sering menghilang ni... :P )

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya dpt jugak nabilah post entri kat blog ni... Selama ni duk tengok2 n baca2 balik ja isi2 kat blog ni... Dan kadang2 tu edit2 la jugak blog ni bila tengok dah berserabut tu... Cuma tu la dah lama tak post entri ja... Maafkan saya... :)

Sepanjang tempoh pembelajaran di matrikulasi memang tak dpt dinafikan, agak 'PACKED'... Yelah, dengan tutornya, quiz yg tiap2 minggu ada... (amboih melebih plak, tp memang betul pun, kdg2 tiap2 minggu :P ) Haaa tu belum lagi assignment tu... Adoi... :'(

Tapi walaupun 'PACKED' la kan, seriously, terlalulah banyak kenangan tercipta kat situ... Dengan rakan2 praktikum yg 'huhaa huhaa', roommate n jiranmate yg memang 'gila2', pensyarah2 yg sporting2, yg prihatin terhadap setiap pelajar2nya, aktiviti2 kolej, usrah2 Brotherhood(kelab yg sempat nabilah sertai di kmpp) dan macam2 lagilah... Hahahaha... Owh ya, nabilah belum bgtau lagi kan kolej matrikulasi mana nabilah dpt... Alhamdulillah nabilah dpt Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP)... Dekat je ngan tempat adik belajaq... Memang selalu balik sekali la kalau ayah ngan mak nk mai ambik... ^_^

     Haaa, inilah gambaq terakhir praktikum nabilah... F5P1... Rindu betul time ni... :')

Alhamdulillah, semua telah dapat sambung ke tempat belajaq masing2... In Shaa Allah semoga kita terus bersama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat... F5P1 THE BEST!!! Aaaamiiiiin... ^_^


Yg ni plak gambaq2 ngan roommate... Roommate kami special ckit, sem1 dan sem2 berubah... Hehehehe... Semua pun masing2 ada halatuju masing2 sekarang... >_<

Haaa... Sekarang nabilah dah ada kat mana plak??? Alhamdulillah, nabilah kini dah selamat sambung belajaq di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)...

Tengok ni... Comelkan??? Inilah hadiah dari roommate dan jiranmate nabilah kat UKM ni sempena birthday nabilah pd 9 September lepas... ^_^

Alhamdulillah dah bergelar mahasiswi UKM dah sekarang... :D

Oklah, nampaknya sampai di sini dahulu... In Shaa Allah jika ada kelapangan lagi nabilah ingin teruskan lagi blogging ni... Nabilah juga rindu ingin kongsikan segala ilmu2 yg bkn sahaja bermanfaat buat diri ini malah buat pengunjung2 WassalamNur juga... Buat masa sekarang diharapkan anda semua sudi-sudikanlah menatap entri2 yg sedia ada di WassalamNur ni... In Shaa Allah tak rugi dan sharelah kepada sahabat2 anda pula... Semoga kita sama2 beroleh manfaat dlm menyebarkan ilmu2 yg berguna kepada semua... Sekian... Inilah permulaan kepada suatu pembaharuan... Assalamualaikum... ^_^