Monday, December 27, 2010

Cover Your Aurat Campaign...

Assalamualaikum...
Salam bertemu kembali di entri baru WassalamNur pada kali ini... Nabilah harap semuanya sihat-sihat sahaja... Dan bagi sahabat-sahabat nabilah yang masih bersekolah atau masih lagi menuntut pengajian di menara gading, semoga kalian dilindungi oleh Allah S.W.T. agar tidak akan terjadi sesuatu yang buruk di saat cuti panjang yang sudah mahu tamat ini...

Hmmm... Baiklah... Berkaitan dengan tajuk dan gambar di atas pasti ada di antara rakan-rakan blogger sudah tahu apa yang akan nabilah muatkan di dalam entri nabilah pada kali ini... Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, nabilah harap apa yang nabilah tulis dapat dijadikan manfaat tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak... Insyaallah, nabilah akan kongsikan sedikit sebanyak pendapat nabilah mengenai aurat yang perlu kita jaga sebagai seorang muslim dan muslimah... ^_^

Seperti yang telah kita tahu, aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut... Manakala bagi perempuan pula, aurat mereka ialah seluruh anggota tubuh badan, kecuali wajah dan kedua tapak tangan...

Sekarang ini yang sering diperkatakan ialah mengenai penjagaan aurat perempuan yang semakin hari, semakin teruk... Baiklah, nabilah mulakan dengan pendapat nabilah terhadap perempuan zaman sekarang mengenai cara mereka berpakaian dan fahaman mereka mengenai 'Aurat'...

Peredaran fesyen pada zaman sekarang secara tidak langsung telah membuatkan terlalu ramai para muslimah di luar sana terikut-ikut untuk turut sama memperagakan pakaian tersebut... Mereka seolah-olah sudah lupa akan maksud aurat yang sebenar-benarnya... Baiklah, mula-mula sekali kita bermula dengan cara kita bertudung... Bertudung seperti yang Allah S.W.T. perintahkan buat seseorang muslimah ialah dipakai untuk menutup auratnya tetapi bukan untuk menutup rambutnya sahaja... Ini bererti, menutup aurat dengan tudung juga perlu kita titik beratkan agar kita tidak salah faham akan perintah Allah ini... Cara bertudung yang di haruskankan oleh syarak ialah melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan tudung tersebut tidak boleh jarang... Seterusnya, nabilah nak katakan tentang cara kita sebagai seorang muslimah berpakaian pula... Allah S.W.T. melarang apabila seorang muslimah itu memakai pakaian yang mengikut susuk tubuh badannya... Ini dapat nabilah kaitkan dengan trend pemakaian perempuan muslimah sekarang... Nabilah rasa tidak perlulah nabilah sentuh di sini kerana sudah pasti ramai di luar sana pun tau... Namun nabilah yakin, kita pasti dapat mengubahnya kembali dan jadikan cara pemakaian kita sekarang ke arah sesuatu yang menjauhkan kita daripada kemungkaran... Bukankah itu lebih baik??? ^_^

Ehem... Baiklah... Nabilah akan teruskan lagi entri nabilah dengan membincangkan mengenai aurat lelaki pula... Penjagaan aurat lelaki tidak kurang pentingnya di zaman ini... Biarpun kurang yang mempersoalkannya, namun masih ada juga yang kita terlepas pandang sama ada kita sedar ataupun tidak sedar... Hmmm... Apa yang akan nabilah persoalkan mengenai aurat lelaki ini ye??? Tidak banyak yang dapat nabilah persoalkan mengenai aurat lelaki ini, cuma di sini nabilah nak kaitkan dengan cara seseorang lelaki berpakaian ketika melakukan aktiviti bersukan... Kalau kita bercakap mengenai sukan ini sudah pastilah acara sukan yang paling digemari oleh kaum lelaki ialah bola sepak... Tak gitu??? Jadi apa kena mengena ye aktiviti sukan ini dengan aurat lelaki??? Apa yang nabilah nak sentuhkan di sini, ada diantara lelaki yang bermain bola dengan memakai sehelai t-shirt atau jersi dan seluar pendek melebihi atas lutut... Jadi sudah kelihatankan di mana salahnya... Maaf jikalau nabilah ada menyinggung perasaan... Tetapi itu semua masih boleh diperbaikikan... Tambahan pula aurat lelaki ini lebih mudah dijaga daripada aurat perempuan... Dan ini bukan sahaja dikaitkan dengan sukan bola sepak sahaja, malahan ketika kita bersukan yang lain pun kita perlu tetap menjaga aurat kita... Dan tidak dinafikan bahawa kaum perempuan juga terlibat sama dalam permasalahan berpakaian ketika bersukan ini...

Waaaahh, terlalu panjang pula ya entri nabilah pada kali ini... Semoga nabilah tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak di atas apa yang nabilah persoalkan mengenai pendapat nabilah tentang 'Aurat' ini... Sebelum nabilah melabuhkan tirai perbincangan kita pada kali ini, ingin nabilah berterima kasih kepada Kak Teratai kerana sudi tag nabilah untuk turut serta sama dalam kempen ini... Semoga apa yang dibincangkan dapat diberi manfaat buat kita bersama... Di sini nabilah ada juga muatkan cara berpakaian bagi seorang muslim dan muslimah yang sesuai dan mengikut syarak Islam... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... ^_^





Sunday, December 26, 2010

Terima kasih Semua!!! ^_^

Assalamualaikum sahabat-sahabat WassalamNur...
Apa khabar???
Semuanya sihatkan???
Alhamdulillah... Nabilah pun sihat-sihat jugak, cuma sudah lama menyepi...
Hehehehe... Menyepi bersebab... Takpe kan??? ^_^

Hmmm... Apa kaitan tajuk nabilah pada kali ini ye??? Hehehehehe... Sabar-sabar... Sekejap lagi nabilah ceritakan ye... Sekarang ni nabilah nak ceritakan dulu mengapa nabilah dah lama tak post entri kat blog nabilah ni... Hmmm... Kenapa ye??? Ok, ok... Begini ceritanya... Pada 17 hari bulan 12 tahun 2010(macam nak start belajar sejarah la pulak, hehehehe...), nabilah sekeluarga terus bertolak ke Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun singkatannya UKM selepas ayah balik dari kerja... Apakah tujuannya ek??? Tujuan nabilah sekeluarga pergi ke UKM kerana ingin mengambil adik nabilah yang tercinta, Nur Nadiah Nadhirah, yang sedang menjalani program Perkhemahan Permata Pintar... Kami sampai UKM dalam pukul 10 malam dan terus pergi mencari tempat penginapan di sekitar bangi...

Di sana, kami bukan sahaja mengambil adik di UKM... Dalam package bukan ada tu saja tau... Hehehehehe... Semua mesti dah fahamkan... Kiranya pergi bercuti sekali la... ^o^

Kami sekeluarga pulang ke rumah pada hari Isnin, 20 hari bulan 12 tahun 2010... Hmmmm... Nabilah balik awal tapi kenapa still tak post entri baru kat blog lagi ye??? Kenapa tak berblogwalking ye??? Ok, ok... Itu semua sebab nabilah sedang gementar menunggu result nabilah yang telah pun keluar pada 23 hari bulan 12 tahun 2010(baru-baru ni la)... Rasa-rasanya ada di antara pembaca entri nabilah pada kali ini pasti tau kan... >_^

Alhamdulillah, result yang nabilah dapat telah menggembirakan mak dan ayah nabilah... Dan tak lupa juga adik nabilah... ^_^
Nabilah bersyukur sangat di atas rahmat yang Allah kurniakan buat nabilah... Syukur alhamdulillah...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri nabilah pada kali ini... Nabilah nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat ayah dan mak nabilah kerana selama ini banyak membantu nabilah, memberi kata-kata semangat buat nabilah, sentiasa mendoakan nabilah, mak yang menemani nabilah ketika belajar(last minute study ni...), dan banyak lagilah... Terima kasih Ayah... Terima kasih Mak... Ucapan terima kasih ini ingin nabilah sampaikan buat semua cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk yang telah mengajar nabilah dari nabilah form 1 sampailah form 3 ni... Tanpa mereka, nabilah pasti tidak dapat memperoleh ilmu-ilmu yang amat berguna ini serta tidak dapat lakukan yang terbaik di dalam peperiksaan... Terima kasih Cikgu-Cikguku...

Sebelum nabilah undur diri bagi entri nabilah pada kali ini, nabilah juga ingin sampaikan ucapan terima kasih nabilah buat rakan-rakan yang senantiasa mendoakan kejayaan nabilah... Terima kasih semua... Buat rakan-rakan blogger pula, terima kasih kerana sudi follow blog nabilah ni... Insyaallah, nabilah akan segera follow blog kalian pula... Tunggu lawatan daripada nabilah ye... Hehehehehe... Sekian saja untuk kali ini... Wassalamualaikum... ;-)

Monday, December 13, 2010

Filem Yang Dikatakan Dakwah...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang membaca entri di WassalamNur pada kali ini...
Diharapkan agar semua sihat-sihat sahaja dan ceria selalu... n_n

Hmmmm... Nampaknya pada hari ini nabilah telah menulis dua kali entri yang terbaru di WassalamNur ni... Alhamdulillah... Tiba-tiba sahaja nabilah mendapat idea dan semangat untuk berkongsi apa yang nabilah rasa pada saat ini... Dan semestinya ia berkait rapat dengan tajuk entri nabilah pada kali ini...

'Filem Yang Dikatakan Dakwah'

Nampaknya tajuk entri nabilah kali ini mungkin agak mendalam... Sebelum nabilah memulakan entri nabilah pada kali ini, nabilah ingin mohon maaf jika pendapat nabilah kurang menyenangkan di segelintir pembaca... Tapi inilah yang dapat nabilah katakan dari apa yang nabilah nampak di zaman sekarang... Filem dakwah yang sering kali difilemkan di panggung wayang sekarang ini nabilah rasa hanyalah sebagai kata-kata untuk menarik penonton untuk menonton filem mereka... Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Dan, mengapa nabilah berkata sedemikian???

Baiklah, bagi nabilah filem dakwah ini bagus... Tambahan pula tujuannya untuk berdakwah kepada masyarakat zaman sekarang... Masyarakat akhir zaman... Tetapi bagi nabilah caranya itu kurang sesuai... Kerana apa??? Kerana filem itu memuatkan terlalu banyak unsur yang tidak patut masyarakat tengok... Unsur zina... Tidakkah itu berdosa... Yup, itulah kenyataannya... Dan filem dakwah Malaysia adalah salah satu daripadanya... Nabilah tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh artis-artis kita sekarang... Bukan semua... Tapi, pemahaman dakwah mereka sepertinya tidak sama dengan maksud dakwah itu sendiri... Kadang-kadang nabilah merasakan bahawa cara dakwah mereka itu secara tidak langsung membawa mereka ke arah zina yang merupakan dosa besar dan membawa ke arah lembah kemurkaan Allah S.W.T....

Sebenarnya nabilah tidaklah mengatakan bahawa semua filem dakwah di Malaysia ini seperti apa yang nabilah maksudkan di atas... Tapi apa yang nabilah nampak sepertinya filem dakwah seperti itu lebih banyak daripada filem dakwah yang sebenar... Filem dakwah yang betul-betul memberi pengajaran buat masyarakat di akhir zaman ini... Ingatlah... Tahun baru hijrah baru sahaja bermula... Janganlah kita tayangkan filem-filem yang sedemikian... Walaupun filem itu sebenarnya untuk berdakwah, tapi janganlah kita selitkan unsur yang buruk itu terlalu banyak... Apakah unsur buruk itu??? Unsur yang melibatkan ke arah zina... Atau mungkin kita boleh buat filem dakwah tanpa unsur buruk itu... Kan lebih baik... Sampai dakwahnya kan... Insyaallah... ^_^

Baiklah, ini saja yang mampu nabilah katakan setakat ini... Nabilah harap janganlah di antara pembaca-pembaca salah sangka dengan apa yang nabilah katakan dalam entri nabilah pada kali ini... Sesungguhnya tiada niat buruk yang ingin nabilah sampaikan melalui entri ini... Cuma sekadar nasihat-menasihati... Sekian saja entri nabilah pada kali ini... Sekali lagi nabilah mohon maaf jika ada kesilapan yang tidak disengajakan oleh nabilah semasa menyebarkan entri ini... Wassalamualaikum... >_^







 

Salam Bertemu Kembali... ^_^

Tok, tok... (ketuk pintu blog)
Assalamualaikum...
Tok, tok...
(tersedar) Ehh... Ni kan blog nabilah, kenapa kena ketuk pintu ye???
Tambahan pulak blog nabilah ni ada pintu ke??? Hehehehe... ^0^

Hai semua pembaca-pembaca setia WassalamNur... Apa khabar??? Rasanya dah lama sudah nabilah tak post entri baru kat blog WassalamNur ni kan... Kalau tak salah nabilah, semenjak bermulanya awal tahun hijrah... Hmmmm... Lama la jugak... Hehehehehe... Semua yang singgah, membaca dan komen di WassalamNur ni sihat??? ^_^

Semenjak cuti sekolah ni, nabilah dah melawat banyak blog, sambil-sambil tu follow la... Hihihihi... Setiap kali nabilah melawat blog sahabat-sahabat blogger nabilah, nabilah betul-betul rasa kagum dengan blog mereka yang cantik, berkilau-berkilau@glitter, entri yang menarik dan sebagainya... Tambahan pulak nabilah dapat ramai sahabat baru... Sahabat yang selalu singgah di blog WassalamNur ni... Tak kira la pagi ke, tengah hari ke, petang ke dan juga malam... Rajin betul mereka kan... n_n

Opppss... Lupa pulak nabilah... Nabilah jugak dapat banyak info-info baru bila berblogwalking ni... Bak kata orang IT zaman sekarang... Mereka juga banyak mengajar nabilah berkenaan blogger ni... Terima kasih... >_^

Oklah, nabilah rasa cukup sampai di sini je kot... Nabilah harap kita dapat bertemu lagi di entri yang akan datang... Terima kasih buat semua yang sudi singgah di WassalamNur ni... Anda semualah yang menyerikan lagi WassalamNur ni... TERIMA KASIH!!! ^_________^

Monday, December 6, 2010

Tahun Baru Buat Umat Islam...

{السلام عليكم}

Hai semua... Alhamdulillah berjumpa lagi kita... Semua sihatkan??? Nabilah berharap sangat agar semua sahabat-sahabat nabilah sihat-sihat sahaja... Biarpun sekarang ni orang kata musim hujan je, tapi insyaallah dan mudah-mudahan kita masih diberikan kesihatan yang baik... Tetapi dari manakah kesihatan itu datang??? Sudah tentulah daripada Allah S.W.T. yang mentadbir seluruh alam ini... Justeru itu, rajin-rajinlah kita beribadat kepadanya... Tidak rugi apabila kita sentiasa beramal ibadat ni... Bahkan ganjaran yang akan kita perolehi di akhirat kelak... Insyaallah... ^_^

Alhamdulillah... Saat demi saat... Minit demi minit... Jam demi jam... Hari demi hari... Bulan demi bulan... Dan akhir sekali tahun demi tahun, kita laluinya dengan penuh cabaran, keriangan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. ... Dan, begitu pantas sekali masa itu beputar sehinggalah sekarang kita sudah masuk tahun baru... Permulaan baru... Dengan azam dan tekad yang baru... Atau dengan erti kata lain hijrah yang baru... Marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. kerana kita masih lagi diberikan kesihatan dan kemudahan iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya... Alhamdulillah...

Apabila berkata soal berhijrah ni, tetiba nabilah teringat pula kisah Rasulullah S.A.W. bersama pengikut beliau, Muhajirin berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan agama Islam serta menjalinkan perpaduan diantara golongan Muhajirin dan Ansar... Rasulullah S.A.W. bukan sahaja berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan dakwahnya, bahkan ini merupakan salah satu perintah Allah S.W.T. yang diperintahkan untuknya demi untuk menyalamatkan diri serta umatnya daripada diseksa...

Itulah serba sedikit berkenaan sejarah penghijrahan Rasulullah S.A.W. ke Madinah... Baiklah, nabilah teruskan lagi post nabilah pada kali ini sebelum nabilah mengakhirinya... Di sini nabilah ingin ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432... Semoga lebih banyak amal ibadat yang dapat kita laksanakan pada tahun ini... Ingat, tingkatkan amal baikmu dan jauhilah amal burukmu... Sekian sahaja post nabilah pada kali ini... Marilah kita sama-sama nasihat menasihati ke arah kebaikan... Jika terdapat salah dan silap nabilah apabila menyebarkan post-post nabilah ini, nabilah mohon ampun dan maaf kerana yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri nabilah sendiri, hamba yang lemah dan masih perlu mengisikan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat... Sama-samalah kita berdoa untuk memperbaiki diri kita sendiri... Wassalamualaikum... ^_^

Saturday, December 4, 2010

Dialog Rasulullah S.A.W. Dengan Iblis...

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...

Apa khabar anda semua??? Sihatkah??? Alhamdulillah... Syukran Ya Allah... Nabilah pun sihat alhamdulillah... Nabilah doakan agar sahabat-sahabat nabilah yang kurang sihat mungkin disebabkan musim hujan yang tidak menentu ni agar diberi kesihatan kembali hendaknya... Insyaallah, amin... ^_^

Alhamdulillah... Bertemu lagi kita semua di post nabilah pada kali ini... Hehehehehe... Dah lama jugak ye nabilah tak post kat dalam WassalamNur ni... Nak kata sibuk, nabilah tak la sibuk sangat... Emmmm, entah la... Nabilah sekarang ni dah mula suka dan tertarik untuk singgah-singgah ke blog rakan-rakan blogger nabilah di WassalamNur ini... Hehehehehe... Cantik-cantik blog mereka... Rasa best pun ada bila singgah tu... ^_^

Baiklah semua... Berkaitan dengan tajuk post nabilah pada kali, nabilah rasa memang menarik jika anda semua membacanya... Tapi nabilah tidak dapat memberikan kebenaran sama ada dialog ini benar ataupun tidak... Namun nabilah rasa ada banyak jugak yang dapat kita pelajari dan memperbaiki diri kita agar tidak mudah jatuh daripada godaan iblis... Biarpun agak panjang, nabilah harap anda semua sudi untuk meluangkan masa membaca cerita ini...


Dialog Rasulullah Dengan Iblis...
Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan. " Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahny a datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya. "

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saiyidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saiyidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan," Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saiyidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya..

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "


Sekian sahaja buat kali ini daripada WassalamNur... Wassalamualaikum... ^_^