Friday, December 14, 2012

Ikutilah Sunnah, Banyak Kebaikannya... ^_^

 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang nabilah hormati sekalian...
Salam ukhwah... Serta salam sejahtera nabilah ucapkan buat semua pengunjung-pengunjung :: WassalamNur :: sekalian... Alhamdulillah, rasa syukur kupanjatkan kepadaNya diatas nikmat kesihatan yang diberikan pada hari ini untuk menaip entri yang seterusnya seperti yang dijanjikan... ^_^

Entri kali ini bertajuk 'Ikutilah Sunnah, Banyak Kebaikannya'... Subhanallah, membaca tajuknya sahaja membuatkan nabilah berasa tidak sabar untuk berkongsi dengan pengunjung-pengunjung :: WassalamNur :: yang sudi berkunjung ke teratakku yang serba sederhana ini... Terima kasih... Suka nabilah ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai info yang telah nabilah baca baru-baru ini, di mana sebelum nabilah mengubahsuai blog :: WassalamNur :: ini... 

Sunnah... Apa itu sunnah??? Baiklah, memandangkan tajuk entri yang dipost hari ini berkaitan dengan sunnah, jadi moleklah kiranya jika kita mengetahui maksud di sebalik perkataan sunnah itu sendiri... 

Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya:

 “Sesiapa yang memulakan satu jalan yang baik di dalam Islam, maka baginya pahala perlakuannya dan pahala sesiapa yang mencontohinya selepas itu, tanpa dikurangi pahala orang yang mencontohinya itu sedikitpun. Dan sesiapa yang memulakan satu jalan yang buruk di dalam Islam, untuk dia dosa perlakuannya dan dosa sesiapa yang mencontohinya selepas itu, tanpa dikurangi dosa orang yang mencontohinya itu sedikitpun.”[1]

 Maka al-Sunnah di dalam hadith ini digunakan berdasarkan konteks bahasa, iaitulah sesiapa yang menempuh sesuatu jalan yang tertentu, samaada terpuji atau tercela. Maka sesiapa yang membuat contoh yang baik, dia akan mendapat pahala perbuatannya dan pahala orang lain yang mencontohinya. Sesiapa yang membuat contoh yang buruk, dia akan mendapat dosa perbuatannya dan dosa orang lain yang mencontohinya sehinggalah ke hari kiamat.

Akan tetapi, dari konteks penggunaan Syarak, perkataan al-Sunnah boleh memiliki sesuatu makna atau lebih dari satu makna. Namun, jika diringkaskan di sini seperti apa yang ditulis dalam entri yang bertajuk Makna Al-Sunnah Dari Sudut Bahasa Dan Istilah Oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak ialah maksud al-Sunnah sebagai salah satu sumber agama atau maksud al-Sunnah sebagai apa-apa yang berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, ciri-ciri dan sirah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai Al-Sunnah, moleklah kiranya sahabat-sahabat membaca sendiri entri ini di laman sesawang beliau di Blog Hukum-Hakam, di sini segala persoalan yang timbul, insyaallah pasti mendapat jawapannya... 

Wah, nampaknya nabilah sudah terlanjur masuk terlalu dalam mengenai maksud di sebalik perkataan Al-Sunnah itu sendiri... Hehehehe... Baiklah, antara sunnah yang ingin nabilah kongsikan di sini ialah kebaikan minum secara duduk dan keburukan minum secara berdiri... Mungkin ada pembaca-pembaca yang pernah membaca entri sebegini di blog blogger-blogger yang lain... Namun, di kesempatan ini ingin sekali nabilah kongsikan info ini buat tatapan pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke :: WassalamNur :: pula... Mohon maaf andai ada kesilapan ketika menaip dan menyebarkan info-info yang kurang jelas dan menimbulkan salah faham dalam kalangan pembaca... Selamat membaca semua... ^O^

Kebaikan Minum Secara Duduk Dan Keburukan Minum Secara Berdiri


Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita gemar melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan terhadap diri kita. Perkara yang paling mudah di pandang enteng oleh manusia adalah sikap suka minum sambil berdiri. Pergilah kemana-mana sahaja sekali pun, akan jelas kita diperlihatkan dengan kerenah manusia yang minum berdiri sama ada di tepi jalan, ketika melepak mahu pun ketika membeli-belah. Jelas sekali tabiat buruk minum berdiri sama sekali ditegah oleh Rasulullah S.A.W kerana tabiat ini mampu memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang.

Menurut pakar perubatan, Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkata, makan dan minum secara duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan secara tenang. Kajian perubatan juga menunjukkan di dalam tubuh badan manusia terdapatnya sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka bukaannya ketika duduk dan tertutup ketika berdiri.

Air yang diminum setiap hari bukanlah 100% ditapis sepenuhnya dan apabila masuk ke dalam tubuh badan, sfringer akan bertindak menapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh. Jadi, sekiranya air masuk ketika tubuh berdiri, maka air itu tidak akan ditapis terlebih dahulu kerana sfringer tertutup dan terus dibawa ke kantung kecing yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain iaitu penyakit batu karang.

Minum secara berdiri juga akan memberikan tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut dan keadaan itu menyebabkan kondisi perut terkejut. Malah, air akan jatuh ke lapisan perut dengan keras dan akan melanggar lapisan dinding-dinding perut. Sekiranya tabiat minum berdiri selalu diamalkan, dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan akan menimbulkan penyakit lain iaitu susahnya untuk menghadamkan makanan.

Seorang lagi pakar kajian, Dr. Ibrahim Ar-Rawi juga berpendapat, ketika tubuh berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan akan turut memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System) kerana terpaksa berkerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri. Keadaan itulah yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berehat seketika selepas berkerja.

Berbeza ketika minum secara duduk, sistem saraf dan otot akan berada di dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dan memproses segala bentuk bahan secara betul yang masuk ke dalam badan termasuklah air dan makanan.

Namun, Rasulullah S.A.W mengharuskan untuk minum dalam keadaan berdiri bergantung kepada keadaan seperti berada di tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai. Berlainan pula dengan kisah di mana Rasulullah S.A.W minum air zam-zam dalam keadaan berdiri berdasarkan hadis dari Ibn Abbas.

Air zam-zam mengandungi kandungan fluorida yang tinggi yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding sumber air-air yang lain seperti keputusan kajian yang terhasil dari pakar-pakar pengkaji.

Dari sudut saintifik, air zam-zam bersifat alkali dan akan dapat meneutralkan asid secara tidak langsung yang terhasil dalam perut. Kerana itulah Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum berdiri ketika meminum air zam-zam. Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat dan beberapa kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain.

Kandungan inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anti bodi kepada orang yang meminumnya.

Justeru, setiap amalan dan tindakan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W pastinya terkandung seribu kebaikan dan manfaat kepada umat-umatnya. Jadi, tidak salah bukan bagi kita untuk merubah tabiat buruk kepada yang lebih baik?

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal” – Surah an-Anfal : Ayat 2.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber bacaan diperoleh dari blog mynewshub.my