Monday, March 15, 2010

Selamat Bercuti Semua... ^_^

Assalamualaikum... Apa khabar semua??? Nabilah harap semua yang melawat blog nabilah ini sihat-sihat sahaja... :-)

Macam mana cuti sekolah kali ni??? Best tak??? Cuti kali ni nabilah rasa nabilah tak gi mana-mana kot... Cuma gi sekolah je... Huhuhu... Sebab ada latihan choral speaking untuk pertandingan sempena bulan bahasa nanti, yang akan diadakan kat sekolah nabilah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Pertandingan ni dah tak lama lagi... Sebab tu cikgu kelam kabut nak buat latihan... Hehehe... Latihan choral speaking semasa cuti ni diadakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu je...

Hari ni sepatutnya nabilah kena gi sekolah la... Tapi nabilah nak kena teman ayah nabilah sekejap untuk selesaikan urusannya dan selepas itu ada misi yang harus nabilah diselesaikan pula... Hehehe... Hari ni rancang nak gi perpustakaan awam negeri kat seberang jaya tu... Tapi hari Isnin dan Selasa tutup la... Huhuhu... Terpaksalah nabilah tangguh dulu misi nabilah ni...

Apa misi nabilah ye??? Hehehe... Misi ni penting tau buat nabilah... Nabilah rasa misi ni bukan saja penting buat nabilah sorang je kot... Tapi penting buat semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ataupun lebih dikenali sebagai PMR... Owh yaa lupa pulak nak gitau apa misi tu... Misi yang nabilah maksudkan tu ialah kerja kursus yang wajib nabilah dan semua calon PMR buat untuk mendapat markah PMR nanti... Kerja kursus tu memang penting... Sebenarnya banyak jugak kerja kursus yang kami nak kena buat... Sejarah... Geografi... Kemahiran Hidup... dan Sains... Nabilah rasa bukan ni je kot... Mungkin ada lagi... Alamak, habis la nabilah... Hehehe...

p/s: Nampaknya setiap kali cuti sekolah tahun ni mesti nabilah asyik sibuk je ngan kerja ni... Huhuhu... Kerja sekolah pun banyak... Whaaa...