Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha... ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog WassalamNur ini... ^_^

Bertarikh 17 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431 pasti semua sudah tau kan hari apakah hari ini??? Baiklah, rasanya semua sudah tau kan... Nabilah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan mohon maaf jika selama ini nabilah ada tersilap kata atau menyinggung perasaan semua pengunjung blog nabilah ni... Semoga dengan sambutan perayaan Aidiladha kita pada tahun ini memberi banyak keinsafan dalam diri kita... Insyaallah... ^_^

Opppss, lupa nabilah nak tanya khabar sahabat-sahabat nabilah yang sudi menjenguk blog nabilah ini... Semua apa khabar??? Nabilah harap semua sihat dan ceria di pagi Aidiladha ini... Sebelum tu nabilah nak tanya, apakah aktiviti anda semua pada pagi ini??? Hehehehehe... Hmmm mestilah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha kan... Dan lepas itu sudah pasti kita akan melihat aktiviti korban dijalankan kan... n_n

Buat semua sahabat-sahabat nabilah... Semasa aktviti korban tu dijalankan, janganlah kita ketawa atau berasa terlalu gembira pada saat itu... Kerana pada masa itu kita hendaklah berasa insaf dan bayangkanlah bagaimana saat apabila kita diwaktu nazak nanti seperti haiwan yang dikorbankan... Baiklah, nabilah nak tanya, adakah kita boleh bersuka ria pada saat nyawa kita dicabut??? Mestilah kita akan rasa sakit apabila nyawa kita akan dicabut nanti kan... Samalah seperti keadaan haiwan yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha... Sedangkan haiwan itu sedang sakit, kita pula mentertawakannya... Tidak wajarkan... ^_^ Bukan maksud nabilah kita tidak boleh bergembira... Boleh, cuma maksud nabilah bukan pada saat aktiviti korban dijalankan... Sebenarnya agak susah nabilah nak terangkan di sini dengan lebih lanjut kerana nabilah tidaklah terlalu pakar dalam berbicara... Tapi nabilah harap semua pengunjung blog WassalamNur ini tau akan sebabnya...

^_^ Baiklah semua, diakhir post ini sekali lagi nabilah nak ucapkan....... -------->