Sunday, January 2, 2011

Kembali Ke Sekolah!!! ^o^

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana anda semua masih sudi berkunjung ke blog nabilah yang tidak seberapa ini... Alhamdulillah, nabilah bersyukur sangat kerana blog nabilah sekarang ini nampaknya semakin ceria berbanding dahulu... Dan ini semua berkat teman-teman blogger dan semua yang sudi dan rajin berkunjung ke WassalamNur ini... Terima kasih banyak-banyak ye semua... ^_^

Waaaaahh... Nampaknya sekarang ni kita pun sudah memasuki tahun baru masihi iaitu 2011... Hmmm... Bila dah bercakap soal tahun baru ni mesti ramai yang akan bercakap atau bertanya soal 'Azam Tahun Baru' kan??? Haaa... Jadi, apakah azam anda semua ye pada tahun ini??? Mesti mahu jadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lepaskan... Yelah, mana ada yang mahu berniat untuk menjadi lebih buruk... Betul tak??? Hehehehe... Apa-apa pun, semoga azam tahun baru kita ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin... Jadikan kenangan masa-masa lalu sebagai pedoman buat kita untuk terus melangkah dengan lebih jauh lagi... Insyaallah, kita pasti berjaya mencapai azam kita pada tahun 2011 ini... ^o^

Jika diimbas kembali... Nabilah merasakan terlalu banyak kenangan sepanjang beberapa tahun yang lalu... Iaitu kenangan nabilah ketika di sekolah menengah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk... Sememangnya tidak mudah untuk nabilah lupakan kenangan-kenangan manis dan pahit di sana... Kenapa ye??? Kerana di sanalah nabilah mendapat rakan-rakan yang baik... Nabilah berasa rapat dengan guru-guru yang mengajar nabilah... Tidak lupa juga kenangan nabilah ketika bersekolah di sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan Alma dan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II... Kenangan itu semua memang membuatkan hidup nabilah merasa bermakna sangat...

Hmmm... Bukan itu saja entri nabilah untuk kali ini ye... Sepertinya cuti akhir tahun persekolahan pada tahun 2010 sudah pun tamat... Dan kelihatannya ada juga yang sudah mula bersekolah pada hari ni... Waaaahhh... Belajar rajin-rajin ye semua... Bagi nabilah pulak, nabilah akan mula bersekolah pada 3 Januari 2011... Esoklah maknanya.. Yup... Esoklah... Hehehehe... Rasa tak sabar itu memang ada, tapi rasa sedih juga turut nabilah rasakan... Mengapa nabilah merasa sedih ni??? Hmmm... Adakah nabilah wajib untuk menjawab soalan itu??? Nabilah rasa tidak perlulah nabilah kongsikan buat semua... Semua ok kan kalau nabilah tak bagitau??? >_^

Nampaknya sampai sini sajalah entri nabilah buat kali ini... Nabilah harap nabilah masih dapat luangkan sedikit masa nabilah buat blog WassalamNur ni walaupun di alam persekolah yang sudah semakin menjelma ini... Insyaallah... Buat semua yang telah sudi follow blog nabilah ini, nabilah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan nabilah harap anda semua sudi tinggalkan jejak anda di shoutmix di blog WassalamNur ini... Jika nabilah ada masa terluang, nabilah akan menjejaki kalian kembali, ok... Sekian saja dari nabilah... Wassalamualaikum... ^~^