Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!

Tok, tok... Assalamualaikum...

Hai semua!!! Semua apa khabar??? Sihat??? Kalau sihat alhamdulillah... Bersempena hari yang mulia ni, iaitu 1 Syawal 1431 Hijrah... Ingin nabilah menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai nabilah terkasar bahasa dan tercakap benda-benda yang menyinggung perasan anda semua, diharapkan agar anda semua sudi maafkan nabilah la ye... Bersempena Raya pada tahun ini nabilah rasa begitu gembira dan terharu sekali... Nak tahu sebab apa??? Hmmmm... Seperti biasa mai nabilah nak citerkan...

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang, iaitu pada tarikh 9 September 2010... Merupakan hari lahir nabilah yang ke-15 tahun... Tak sangka, dah makin tualah nabilah kan... Ehh, silap!!! Makin remaja la... Hohohohoho... Ceh, nabilah ni, macam tak mengaku semakin tua pulak... Hehehehehe... Oklah... Kalau semua pengunjung blog nabilah nak tau... Sebenarnya yang membuatkan nabilah terharu ni sebab, nabilah tak sangka yang tahun ni akan ramai kawan-kawan nabilah akan mengucapkan 'HAPPY BIRTHDAY!!!' buat nabilah... Nabilah betul-betul tak sangka dan terharu... Dan yang paling membuatkan nabilahh gembira adalah kata-kata semangat yang diorang berikan kat nabilah untuk membuat yang terbaik dan mendoakan kejayaan nabilah untuk menghadapi peperiksaan PMR yang akan nabilah duduki tidak lama saja lagi... Hitung-hitung kurang daripada 30 harilah... Nabilah dah risau ni... Cammana ye???

Hmmmm... Nabilah harap sangat yang nabilah takkan hampakan orang-orang yang sentiasa menyokong nabilah... Insyaallah nabilah akan cuba buktikan yang nabilah boleh mendapatkan 8A dalam PMR 2010 ni... Sekali lagi nabilah harap anda semua sudi doakan kejayaan nabilah... Dan sekali lagi terima kasih nabilah nak ucapkan buat semua yang sentiasa menyokong nabilah... TERIMA KASIH SEMUA!!! DAN... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, nabilah ucapkan buat semua... Nabilah mohon maaf, zahir dan batin... ^________________^