Monday, December 6, 2010

Tahun Baru Buat Umat Islam...

{السلام عليكم}

Hai semua... Alhamdulillah berjumpa lagi kita... Semua sihatkan??? Nabilah berharap sangat agar semua sahabat-sahabat nabilah sihat-sihat sahaja... Biarpun sekarang ni orang kata musim hujan je, tapi insyaallah dan mudah-mudahan kita masih diberikan kesihatan yang baik... Tetapi dari manakah kesihatan itu datang??? Sudah tentulah daripada Allah S.W.T. yang mentadbir seluruh alam ini... Justeru itu, rajin-rajinlah kita beribadat kepadanya... Tidak rugi apabila kita sentiasa beramal ibadat ni... Bahkan ganjaran yang akan kita perolehi di akhirat kelak... Insyaallah... ^_^

Alhamdulillah... Saat demi saat... Minit demi minit... Jam demi jam... Hari demi hari... Bulan demi bulan... Dan akhir sekali tahun demi tahun, kita laluinya dengan penuh cabaran, keriangan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. ... Dan, begitu pantas sekali masa itu beputar sehinggalah sekarang kita sudah masuk tahun baru... Permulaan baru... Dengan azam dan tekad yang baru... Atau dengan erti kata lain hijrah yang baru... Marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. kerana kita masih lagi diberikan kesihatan dan kemudahan iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya... Alhamdulillah...

Apabila berkata soal berhijrah ni, tetiba nabilah teringat pula kisah Rasulullah S.A.W. bersama pengikut beliau, Muhajirin berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan agama Islam serta menjalinkan perpaduan diantara golongan Muhajirin dan Ansar... Rasulullah S.A.W. bukan sahaja berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan dakwahnya, bahkan ini merupakan salah satu perintah Allah S.W.T. yang diperintahkan untuknya demi untuk menyalamatkan diri serta umatnya daripada diseksa...

Itulah serba sedikit berkenaan sejarah penghijrahan Rasulullah S.A.W. ke Madinah... Baiklah, nabilah teruskan lagi post nabilah pada kali ini sebelum nabilah mengakhirinya... Di sini nabilah ingin ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432... Semoga lebih banyak amal ibadat yang dapat kita laksanakan pada tahun ini... Ingat, tingkatkan amal baikmu dan jauhilah amal burukmu... Sekian sahaja post nabilah pada kali ini... Marilah kita sama-sama nasihat menasihati ke arah kebaikan... Jika terdapat salah dan silap nabilah apabila menyebarkan post-post nabilah ini, nabilah mohon ampun dan maaf kerana yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari diri nabilah sendiri, hamba yang lemah dan masih perlu mengisikan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat... Sama-samalah kita berdoa untuk memperbaiki diri kita sendiri... Wassalamualaikum... ^_^