Assalamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat sekalian...
Salam ukhwah serta selamat berkenalan semua... ^_^
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana diberikan kelapangan waktu dan kesihatan yang baik untuk nabilah sentiasa terus bersama-sama dengan sahabat-sahabat blogger pada hari ini... Alhamdulillah... Jadi, sebelum itu, bagaimanakah hari sahabat-sahabat hari ini??? Semoga segalanya berjalan dengan lancar hendakNya... Insyaallah... Amin... :-)
Alhamdulillah, artikel yang akan nabilah kongsikan dalam entri nabilah pada hari ni amat menarik... Oleh itu, diharapkan agar sahabat-sahabat untuk terus follow kisah disebalik entri nabilah hari ini... Insyaallah, semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya... Amin... Artikel ini sengaja nabilah postkan selepas entri nabilah yang sebelumnya... Dan juga dari sumber yang sama iaitu CahayaIslam.net... Sekali sahaja nabilah terbaca tajuknya sudah memikat hati nabilah untuk mengetahui kisah disebalik artikel ini... Ekoran daripada itu, inilah hadiah yang dapat nabilah berikan buat muslimah-muslimah di luar sana, suatu perkongsian yang insyaallah dapat menyuntik semangat sahabat-sahabat serta diri ini untuk terus berhijrah ke arah kebaikan... Oleh itu, selamat membaca... :-D
Dilindungi Allah Setelah Bertudung Labuh
Akak , kenapa akak pakai tudung labuh?’
soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik
bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut
bertanya. Aku pernah remaja
dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja
bertanya kerana mereka sedang mencari-cari identiti diri.
Saat itu, aku bertudung labuh kerana
keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali.
Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya
bertudung aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan,
keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman
bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui
keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung
labuh merana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar
banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa
yang aku perlu tahu. Hinggalahpersoalanku terjawab satu demi satu.
Hikmah bicara kakak-kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang
kutagih pengertian. Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh,
mudah jawapan yang kuterima, “ Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang
membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakana kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,
dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab
ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali
sebagai wanita baik agar mereka tiidak diganggu.”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi,
kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada
sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga
berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang
cantik menghias pintu dan tigkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja
dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah
menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat. Agar
keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan hati yang sakit.
Di sini aku bukan mahu berbicara tentang kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudhkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlangar sarang tebuan tanah. Tebuan
tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Seorang peserta menjerit
kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit
ketakutan. Aku yang turut berada dibarisan depan ketika itu melaungkan
takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka
bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan disitu.
Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut
kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang
terkepung dengan tudung labuhku daripada disengat. Segera kubawa mereka
berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah!
Maha Suci Engkau yang menyelamatkan dengan secebis kain ini.
Terlindung daripada Bahaya Malam
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus
setelah tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli
tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang,
bagi mengelakan duduk bertemankan seorang lelaki asing.
Sebelum bas bergerak , aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara kea lam mimpi seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara kea lam mimpi seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
Jam menunjukan pukul 4.30 pagi. Badan
amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku
dalam keadaan mamai menuruni bas, aku masih berasa sangat mengantuk,
Sejurus itu, secepat kilat bas meniggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku
seorang yang menuruni bas. Lagi pun, tempat bas itu memberhentikan aku
bukannya tempat perhentian bas Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung
tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau
membatalkan saja tempat perhentian itu. Namun aku sudah terlewat. Asap
bas pun sudah tidak kelihatan.
Jalan raya dihadapanku lengang. Sunyi.
Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupanfang ke belakang dan mendapati tidak
jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun , ia kelihatan gelap.
Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku,
Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau
mencari-cari kayu atau besi yang akan aku gunakan sebagai senjata
andainya anjing itu menyerang.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah
payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tamahan pula, aku
tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukan nama masjid tersebut.
Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid.
Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
Tiba-tiba sekumpulan penunggang
motosikal dengsn pelbagai aksi amberhenti beramai-ramai di seberang
jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada
tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan bertudung juga
hitam . Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di
balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajah yang berkulit
cerah.
Apa yang mampu kulakukan adalah tetap
berdiri di situ dan membaca segala ayat al-Quran yang kuhafal.
Tawakalku memanjat langit.
Tiba-tiba anjing tadi berlari
kearahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak
menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan-akan memandang kearahku.
Ketika itu aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku
siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang kearahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang kearahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba-tiba mereka beredar. Bunyi ekzos
mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang
dengan pandangan yang kosong sahaja kearahku sebentar tadi. Puan Norliza
pula sampai, Menambah syukurku. Hatiku yakin, Allah telah
menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah
beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila
dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang
calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju
meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang
mengandung dua bulan, Hampir-hampir keguguran . Kedua-dua lututnya
terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Dia memegang hujung tudungku sambil
menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka
tak Nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu benar-benar membuatkanku
berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah
menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor-faktor yang
menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah
tudung labuh.
Menemui Jodohku
Beberapa temanku yang
mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut
tidak dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya,
dia mungkin tersilap.
Suamiku mengakui antara factor yang
menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah
kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya
berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas
hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri
yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri
terlebih dahulu.
Benar, kita tidak boleh menilai
seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala
masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman
seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luaran, contoh
reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual
di gerai yang pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di
gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana yang kita pilih?
Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua-dua dahulu? Apa
nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkanlah.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hati
berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak
labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.”
Kuhormati semua kata-kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman
dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa.
Buat adik-adik remaja yang bertanya, moga adik-adik menemui
jawapannya.
Tulisan asal oleh: Fatimah Syarha Mohd Noordin – Majalah Solusi Isu-21
Nota: Buat mereka yang ingin berubah memakai tudung labuh, ikutilah tips ini: Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh
Baiklah, sebelum mengakhiri entri pada hari ini marilah kita sama-sama hayati klip video terbaru dari Oki Setiana Dewi bersama adiknya Shindy yang bertajuk Hijab I'm In Love... Sekian, wassalamualaikum... ^_^
p/s: mohon maaf sebelumnya... klip video Hijab I'm In Love dari Oki Setiana Dewi bersama adiknya Shindy di'private'kan buat sementara waktu(mungkin, nabilah juga tidak pasti)... jadi, nabilah gantikan dengan video ini... Hijab I'm In Love... ^_^
salam..tringin sgt nk pakai tudung labuh...niat da pasang lama da..ngah mencuba..smg ALLAH sentisa buka pintu ht sy untuk trus menerima petunjuk hidayahnye..aminn
ReplyDeleteWaalaikumussalam w.b.t. Nadia... :-)
ReplyDeleteInsyaallah... Amin... Nabilah di sini insyaallah akan turut sama doakan kebaikan buat sahabat-sahabat nabilah ni dan juga buat diri ini yang masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki... Insyaallah... :-)
Terima kasih atas perkongsian awak. Saya dulu bertudung labuh semasa sekolah. Sekarang tak selabuh dulu. Tapi saya tak pernah pakai selendang :)
ReplyDeleteSama-sama... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca dan meninggalkan komen di sini... Walau tak selabuh dulu tapi awak masih memakai tudung mengikut syariat bukan??? Baguslah, at least awak tak pernah memakai selendang... Bukannya tak boleh memakai selendang, pada saya boleh je, asalkan selendang tu labuh, dan tak jarang... Juga, cara pemakaian juga hendaklah menepati syariat... Melabuhkan tudung yang kita sedia pakai sekarang sudah satu langkah untuk berhijrah... Insyaallah, pasti kita akan sentiasa rasa dilindungi... :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih lagi mengikut syariat :)
ReplyDelete