Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum nabilah ucapkan buat semua yang telah membuka blog nabilah ini... ;-)

Hari ini dalam kalendar Islam iaitu 12 Rabiul Awal merupakan hari yang bersejarah kepada seluruh umat Islam... Nak tau kenapa... Sebab pada tarikh inilah semua umat Islam akan menyambut Hari Keputraan Nabi Muhammad S.A.W. ataupun lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul... Pada tarikh inilah seluruh umat Islam akan menyambutnya dengan penuh meriah disertai dengan selawat ke atas nabi...

Jadi pada hari ini nabilah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat ahli keluarga, guru-guru, rakan-rakan serta semua pembaca blog nabilah ini... Di sini nabilah ingin berpesan sedikit bahawa sesiapa yang sentiasa mengingati rasulullah, nescaya apabila di akhirat nanti dialah orang yang paling dekat bersama rasulullah s.a.w.... Jadi, jom kita berselawat... :-D


Wednesday, February 10, 2010

Memohon Keampunan Dan Rahmat Allah SWT

Surah Al-A'raf (Ayat 23)
Maksudnya: Kedua-duanya (Adam dan Hawa) berkata: "Wahai tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi. (23)

Saturday, February 6, 2010

Wajah Baru :-)

Assalamualaikum semua...

Selamat datang ke blog WassalamNur dengan wajah yang baru... Dah lama nabilah tak post kat blog ni kan??? Lagipun, sejak kebelakangan ni nabilah busy ckit la... Hehehe... Bila dah masuk form 3 ni hari-hari ada kerja sekolah... Bukan ckit tau, tapi banyak... Huhuhu... 'Capek deh' bak kata Faizah dalam sinetron Faiz dan Faizah tu...

Nabilah nak kongsi ckit la apa yang nabilah tak berapa suka semasa belajar baru-baru ni... Nabilah sekarang ni bila tiba masa nak belajar untuk sains kan terus hilang semangat tau... Sejak dah masuk bab 4 ni iaitu Reproduction terus hilang semangat nak belajar... Lagipun belajar bab ni tak best... Nabilah ngan kawan nabilah, Nurul Fadzliana, kitaorang tutup mata ja bila nak belajar bab tu... Tutup mata bukan sebab dah sampai ke alam lain tau(mimpi), tapi tak nak tengok... Hohoho...

Kalau cikgu sains nabilah ada terbaca post kat blog nabilah ni... Nabilah nak minta sesuatu boleh??? Please ajar bab 5 dan seterusnya dulu pastu baru belajar bab 4... Ok??? Kalau ok... Bereeh... Hahaha...

p/s: Teringinnya nak masuk sekolah rendah balik... Tak payah nak belajar bab ni... Hohoho... ;-)