Monday, December 13, 2010

Filem Yang Dikatakan Dakwah...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang membaca entri di WassalamNur pada kali ini...
Diharapkan agar semua sihat-sihat sahaja dan ceria selalu... n_n

Hmmmm... Nampaknya pada hari ini nabilah telah menulis dua kali entri yang terbaru di WassalamNur ni... Alhamdulillah... Tiba-tiba sahaja nabilah mendapat idea dan semangat untuk berkongsi apa yang nabilah rasa pada saat ini... Dan semestinya ia berkait rapat dengan tajuk entri nabilah pada kali ini...

'Filem Yang Dikatakan Dakwah'

Nampaknya tajuk entri nabilah kali ini mungkin agak mendalam... Sebelum nabilah memulakan entri nabilah pada kali ini, nabilah ingin mohon maaf jika pendapat nabilah kurang menyenangkan di segelintir pembaca... Tapi inilah yang dapat nabilah katakan dari apa yang nabilah nampak di zaman sekarang... Filem dakwah yang sering kali difilemkan di panggung wayang sekarang ini nabilah rasa hanyalah sebagai kata-kata untuk menarik penonton untuk menonton filem mereka... Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Dan, mengapa nabilah berkata sedemikian???

Baiklah, bagi nabilah filem dakwah ini bagus... Tambahan pula tujuannya untuk berdakwah kepada masyarakat zaman sekarang... Masyarakat akhir zaman... Tetapi bagi nabilah caranya itu kurang sesuai... Kerana apa??? Kerana filem itu memuatkan terlalu banyak unsur yang tidak patut masyarakat tengok... Unsur zina... Tidakkah itu berdosa... Yup, itulah kenyataannya... Dan filem dakwah Malaysia adalah salah satu daripadanya... Nabilah tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh artis-artis kita sekarang... Bukan semua... Tapi, pemahaman dakwah mereka sepertinya tidak sama dengan maksud dakwah itu sendiri... Kadang-kadang nabilah merasakan bahawa cara dakwah mereka itu secara tidak langsung membawa mereka ke arah zina yang merupakan dosa besar dan membawa ke arah lembah kemurkaan Allah S.W.T....

Sebenarnya nabilah tidaklah mengatakan bahawa semua filem dakwah di Malaysia ini seperti apa yang nabilah maksudkan di atas... Tapi apa yang nabilah nampak sepertinya filem dakwah seperti itu lebih banyak daripada filem dakwah yang sebenar... Filem dakwah yang betul-betul memberi pengajaran buat masyarakat di akhir zaman ini... Ingatlah... Tahun baru hijrah baru sahaja bermula... Janganlah kita tayangkan filem-filem yang sedemikian... Walaupun filem itu sebenarnya untuk berdakwah, tapi janganlah kita selitkan unsur yang buruk itu terlalu banyak... Apakah unsur buruk itu??? Unsur yang melibatkan ke arah zina... Atau mungkin kita boleh buat filem dakwah tanpa unsur buruk itu... Kan lebih baik... Sampai dakwahnya kan... Insyaallah... ^_^

Baiklah, ini saja yang mampu nabilah katakan setakat ini... Nabilah harap janganlah di antara pembaca-pembaca salah sangka dengan apa yang nabilah katakan dalam entri nabilah pada kali ini... Sesungguhnya tiada niat buruk yang ingin nabilah sampaikan melalui entri ini... Cuma sekadar nasihat-menasihati... Sekian saja entri nabilah pada kali ini... Sekali lagi nabilah mohon maaf jika ada kesilapan yang tidak disengajakan oleh nabilah semasa menyebarkan entri ini... Wassalamualaikum... >_^







 

Salam Bertemu Kembali... ^_^

Tok, tok... (ketuk pintu blog)
Assalamualaikum...
Tok, tok...
(tersedar) Ehh... Ni kan blog nabilah, kenapa kena ketuk pintu ye???
Tambahan pulak blog nabilah ni ada pintu ke??? Hehehehe... ^0^

Hai semua pembaca-pembaca setia WassalamNur... Apa khabar??? Rasanya dah lama sudah nabilah tak post entri baru kat blog WassalamNur ni kan... Kalau tak salah nabilah, semenjak bermulanya awal tahun hijrah... Hmmmm... Lama la jugak... Hehehehehe... Semua yang singgah, membaca dan komen di WassalamNur ni sihat??? ^_^

Semenjak cuti sekolah ni, nabilah dah melawat banyak blog, sambil-sambil tu follow la... Hihihihi... Setiap kali nabilah melawat blog sahabat-sahabat blogger nabilah, nabilah betul-betul rasa kagum dengan blog mereka yang cantik, berkilau-berkilau@glitter, entri yang menarik dan sebagainya... Tambahan pulak nabilah dapat ramai sahabat baru... Sahabat yang selalu singgah di blog WassalamNur ni... Tak kira la pagi ke, tengah hari ke, petang ke dan juga malam... Rajin betul mereka kan... n_n

Opppss... Lupa pulak nabilah... Nabilah jugak dapat banyak info-info baru bila berblogwalking ni... Bak kata orang IT zaman sekarang... Mereka juga banyak mengajar nabilah berkenaan blogger ni... Terima kasih... >_^

Oklah, nabilah rasa cukup sampai di sini je kot... Nabilah harap kita dapat bertemu lagi di entri yang akan datang... Terima kasih buat semua yang sudi singgah di WassalamNur ni... Anda semualah yang menyerikan lagi WassalamNur ni... TERIMA KASIH!!! ^_________^